Abrar

'Wehh, aku ahli Syurga der. Perghh.'


Apahal mamat ni tetiba ngaku ahlul jannah? haha


Aku tumbuk lembut. 'Perasan ah lu' 


'Jealous le tu.' Kami gelak kuat. Haha.


Semua ushar slack kitorang. Erghh lupa sekarang ni kelas tafsir quran dengan Ustaz Hadi.


Ustaz Hadi?


Gulp


'Sedap borak. Cerita sikit cerita gempak korang tuh.' Suara Ustaz menerjah kalbu.


Aku dan Abrar hanya senyap. Kelu lidah diam seribu bahasa. Rasa bersalah gila.


Arghh it's all your fault Abrar. Tetiba mengaku diri ahli Syurga. Tak leh blaa.


'Luqman, ulang balik ayat quran dalam ulum tafsir kita belajar hari ni.'


Hampeh. Memang tak ah. Aku tadi dok fikir pasal the upcoming SPM. 3 hari lagi kot. Tak dengar sepatah pun apa Ustaz ajar kat depan. Hehe. Don't do this at home tau.


'إِنَّ الأبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ'


Suddenly Abrar tolong jawab. Abrar, you are my hero!

'Awak nama Luqman ke? Nak bajet hero sangat, sila bagi Ustaz tafsiran sepenuhnya pasal ayat itu.' 

'Tak tahu Ustaz. Tadi tak dengar. Hehe.' Abrar tunduk malu.

Aku gelakkan Abrar. Haha. Hero poyo kita kena serang.  Siapa suruh kacau aku tadi. 

'Tekan tubi 100 kali dan yang lain tolong kira' Hukuman mandatori Ustaz Hadi kami terima.

Gulp. Tersedak. Aku henti gelak. 

Perghh selalunya 50 je kot. Why 100?

'It's our pleasure Ustaz. Kami sanggup mengira 100 beramai-ramai.' dengan sarkastik mereka menerima amanat itu. 

Syok ah diorang dengan hukuman mandatori tersebut. Kurenggg



***


'Abrar, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat.' Abrar baca tafsiran ayat 13 surah Al-Infithaar.

Pecah gelak kami. Teringat kisah pagi tadi. 100 kali tekan tubi beb.

'No wonder kau ngaku ahli Syurga pagi tadi. Regarding ayat tafsir yang Ustaz ajar rupanya. Haha.'

Abrar tumbuk lembut aku semula. 'Aku bukan apa Luqman. Aku tengok kau termenung panjang. Ustaz mengajar kat depan tu kau buat dek je. Tak nak ah tengok kau dok risau pasal SPM sangat. Ilmu akhirat ni penting jugak. Kita nak jadi Da'ie professional kan? Dunia & akhirat dua-dua kita awesome!'

Aku terharu. Terharu sangat. Kawan tersasar sikit, tarik terus. Itulah Abrar.  
Masuk Syurga bersama bukan sorang, Syurga Allah luas beb. Itu katanya. Haha

'Sayang jugak kau kat aku ye.'

'Ofkos lah bro. Kata nak berjiran sebelah Istana kat Syurga?'

'Nanti boleh kita main lawan perang antara Istana. Hehe'

Haha. Tak habis kami gelak berdua. Bergurau tak habis-habis.

'Sekarang jom sambung belajar. 3 days left nak SPM der.'

Baru nak lupakan Inche SPM. Arghh

'Luqman, you promise me straight A's right? Aku nak tuntut straight A's tu masa ambik result nanti. Kalau tak belanja keropok lekor 10 ringgit. Ingat deal kita dulu? Hehe.' Abrar ugut aku. Hampehh

'Mentang-mentang pelajar harapan sekolah nak bajet. Blaa ah mamat poyo.' Aku sindir dia. hehe

Abrar memang pelajar harapan sekolah kami. Walaupun sekolah kami sekolah Tahfiz serta ada pengajian kitab agama, dia tetap komited dalam akademik.

Katanya mahu jadi Muslim yang perfect segenap aspek. Baru boleh jadi pemburu Syahid di Palestin.
Nak Syahid tapi badan ketot kecik pendek. Ekeke. Gurau je bro.

'Haha. Pelajar terbaik tu cikgu salah kasi kat aku. Salah nama. Hehe. Apa-apa pun Alhamdulillah untuk rezeki itu ya Allah!'

Abrar tiba-tiba senyap.

'Luqman, kau tahukan result PMR aku macam mana?'

Aku angguk. Result PMR dia tidak seperti apa yang dia harapkan.

'Aku nak bangkit ah. PMR aku dulu tak gempak. Aku sedih. Aku dulu tak belajar pun, nak dekat-dekat PMR baru nak terhegeh-hegeh nak belajar. Last minute belajar. Hasilnya result aku hampeh.'

'Allah itu maha Adil, mana mungkin Allah tidak berlaku Adil. Kalau spend masa kat futsal most of the time dan tak belajar, tapi result gempak sama dengan orang yang most of the time spend masa rajin belajar, itu tidak patut. Allah kasi setimpal dengan usaha kita. Aku faham konsep itu.' Abrar menambah.

Benar kata Abrar. Nak benda awesome, usaha kena awesome. Tak cukup dengan berdoa, beribadat sahaja tanpa usaha tapi nak result gempak. 

You get what you give. Allah itu maha Adil.

'Eheh tetiba emotional pulak lu. Shuh shuhh. Jom kita sambung belajar.' 

Sepanjang tahun ni kami study sama-sama kat masjid, tahajud, dhuha, baca quran. Everything together ah. Romantic till Jannah katakan.

'Luqman, it's already 1 am. Should we do our routine?' Abrar tunjuk jam tangan dia.

Routine?

'Dunia itu dunia juga. Hubungan dengan Allah kena jaga. Ingat, cinta Allah nombor satu, cinta lain Allah akan bantu. Let's do our routine bro!'

Eheh, boleh lupa pulak dengan routine kami. Ni mesti effect tekan tubi 100 kali tadi. Haha

'Jom!'

Wudhu' diambil. Solat tahajud didirikan.

Kata-kata Cinta terucap indah disaksikan tikar sejadah malam itu. Hajat diminta agar Allah permudah urusan kami menghadapi SPM yang bakal menjelma.

Allah bersama kami. InshaaAllah.


***


Cuti panjang SPM.

Dulu tak sabar nak cuti, sekarang dah muak dengan cuti.

Aisehmen, masa cuti panjang SPM ni memang dugaan gila beb. Istiqamah itu hilang mana entah.

Kalau kat sekolah dulu memang senang nak beribadah. Bila kat rumah ni memang rasa graviti bumi meningkat 10 kali ganda. Susah gila nak buat ibadah. Erghh.

Luqman, where have all your tahajud, qiamullail, dhuha, ma'thurat gone?

Tahajud, Dhuha wa Ma'thurat itu bila ada mood je.

Err, ada satu je istiqamah, Qiamullail.

Tapi bukan Qiamullail, Qiamonline.
bangun untuk online. hehe

Tapi okay apa. Aku istiqamah berdakwah kat alam maya. I created blog for dakwah and I even active in sharing tarbiah in Facebook and Twitter.

Pheww. Letih juga berdakwah kat alam maya nih. Kena kutuk, kena cemuh.

'Tak rasa lagi dakwah kat dunia realiti luar. Tak rasa lagi cara Nabi dalam berdakwah. Setakat dakwah kat alam maya dah bangga? Puih.'

Teringat kata-kata sarkastik Abrar kat aku. Perghh sentap beb.

Lagipun aku naqib untuk usrah kat kawasan perumahan aku. Okay apa?
Eheh, bajet pulak aku. Astaghfirullah.

Tengah scrolling timeline Facebook tiba-tiba ada satu status yang menarik perhatian.

"20.3.14" tak sabar. Haha :)

Abrar update status facebook.

'Eheh, tahu laa 6 hari lagi nak ambik result SPM bro. Tak payah ah nak ingatkan aku.'

Aku nak taip sebenarnya kat ruang komen. Tapi, tiba-tiba hati kata tak payah.

Lagipun masa itu aku tengah busy usrah online kat group Facebook. Rasa malas pulak nak comment-comment kat status orang.

Bukan aku tak rindu Abrar. 3 bulan tak berjumpa kot. Rindu sangat.

Tapi 6 hari lagi kita akan berjumpa kat sekolah masa ambik result SPM. Masa tu aku nak peluk kau erat-erat!

Allahu, rindu sangat dengan Abrar.

Moga Ukhuwwah kami hingga Syurga. 

Ameen



***



Pagi jumaat. 

Ramai yang update status pasal kelebihan hari jumaat serta sunnah hari jumaat. Belambak.

Alhamdulillah banyak kesedaran dalam menyebarkan dakwah & tarbiah.
Ramai sudah merasakan diri mereka Da'ie.

Bukankah qualification menjadi Da'ie hanyalah perlu ucap : Laa ilaha illa Allah?

Ya badroteem, Ya badroteem. Min hadza kulla kamaalee

Smartphone aku berqasidah. Peghh bakal smartphone Syurga katakan. Hehe

'Assalamualaikum. Wehh Luqman. Kau tahu cerita tak?'

'Waalaikumussalam. Apehal kalut-kalut nih?'

'Sahabat kita meninggal beb. Pagi tadi. Kena langgar bas masa on the way ke masjid.'

'Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun. Wehh relax relax. Siapa?'

'Abrar Bakri.'

...

'Err Luqman, are you there?'

'Aku tak faham. Kenapa mesti Abrar? Kenapa bukan orang lain? kenapa mesti Abrar?'

'Ketentuan Allah bro, sabar lah. Kita doakan Abrar. Sabar ye.'

'Sabar ape? Wehh kau senang cakap. kenapa mesti Abrar? Kenapa bukan orang lain? Kenapa sekarang? JAWAB SOALAN AKU!'

Aku terus matikan talian. Rasa hangat butiran air mata kat tangan.

Eh. Kenapa aku nangis ni?

Abrar meninggal dunia? 
Bukan dia baru update status malam semalam?
Bukan aku nak komen kat status Facebook dia?

Makin kuat aku nangis.

Aku tutup phone.
Aku tutup laptop.

Nangis. Itu sahaja yang aku mampu.



***


'Luqman, main futsal jom!'

Main futsal?

Tengok bola futsal aku dah ingat Abrar.
Setiap petang main dengan dia.

Teringat Abrar sikit aku terus nangis.

What happened to me?

Nak main futsal nangis.
Nak solat tahajud nangis.
Nak solat Dhuha nangis.

Nak berdakwah pun nangis.

Semuanya mengingatkan aku kat Abrar.

'Luqman, kalau aku mati nanti jangan nangis. Tembak kat aku doa banyak-banyak tau.'

Aku nak doakan kau pun aku nangis, macam mana ni Abrar?

Aku menangis bukan sebab aku tak redha kau pergi,

Aku tahu air mata tidak bisa mengembalikan yang pergi.
Namun setidaknya mampu mengurangi sedikit beban yang ada di hati

Abrar,
Aku cuma rindu kau...



***



'Luqman okay?' Adam tanya tanda ambil berat.

Aku mengeluh panjang 'Ana okay je InshaaAllah.' 

Kalau tak disebabkan amanah aku sebagai naqib Usrah, dah lama aku escape Usrah hari nih. haihh

Abrar sama Usrah dengan aku.
Aku naqib, dia penolong naqib.

Aku rasa nak nangis je depan diorang nih. Allahu.

'Kat mana kita berhenti hari itu'

'Tak tahu. Dah lupa'

'Come on, serious lah Luqman.'

'Ana dah lupa nak buat macam mana huh! Nak paksa ana balik ambik ke apa?' Aku jawab dengan kasar.

Erghh. aku takde mood langsung nak berusrah. Semua benda persediaan usrah yang aku nak kongsi aku lupa. 

'By the way ana tak bawak buku usrah pun hari ni. Maaf. Ana memang tak layak jadi naqib.' Aku tiba-tiba emotional. 

'Please stop all this nonsence Luqman. Abrar dah takde. Lupakan dia. Kau nangis macam mana sekalipun dia takkan hidup balik. Teruskan hidup kau.'

Kurang ajar. Lupakan? 

Aku jeling Adam.
Tanpa banyak cakap, aku tinggalkan majlis Usrah.

'Kurang ajar kau nak kutuk Abrar. Jangan harap aku jejak kaki join Usrah ni lagi.'

Apabila hati dikuasai marah, beginilah jadinya.

Aku pencen jadi naqib terus.
Halang-halang aku nak stop berdakwah terus.

Tak effect pun Ummah kalau aku stop berdakwah.
Ramai lagi yang berdakwah selain aku.

Selamat tinggal dunia Dakwah & Tarbiah.

Sayounara!



***



'Where is the old Luqman? yang hebat berdakwah tu?'

Aku tersenyum baca inbox Facebook aku. Naqib usrah lamaku, Bro Ameer.
Aku terus phone call. Rindu kat Bro Ameer. Apa khabar dia agaknya?

'Err Bro Ameer, I don't know. Cuba cari the old Luqman dalam gaung. Ana dah buang dalam gaung hari tu.'

Ameer gelak. 'I want to speak with the old Luqman, not the new Luqman. I hate the new Luqman!'

Haha. Pecah gelak aku. The old Luqman dah hilang. Hilang sekali dengan pemergian Abrar.

'I miss your Facebook status and tweets. Kenapa pencen dengan job yang bawa enta ke Syurga?'

'You know what happened to me right? You know about Abrar. You should understand my feelings right now. Ana rindu Abrar sangat-sangat. Dalam segala perbuatan ana sekarang ana teringat akan Abrar. Tak boleh nak buang. Serious! Ana sangat-sangat rindu Abrar!'

Ameer mengeluh panjang. 'So that's why you stop Dakwah and Tarbiah huh?'

'Without Muhammad Luqman bin Hakeem, Dakwah and Tarbiyyah masih berjalan lancar dalam Ummah. Bukannya tanpa ana Dakwah dan Tarbiyyah terus berhenti. Itu mustahil. So, nothing change if i give up in dakwah & tarbiyyah.' Panjang penerangan aku. Pheww

Ameer senyap agak lama.

'Luqman, dengar apa yang ana nak kata ni. Dengar dulu, nak terima atau tak kemudian. Dengar dahulu. Boleh?' Ameer seperti ada banyak benda nak cakap.

'Err my pleasure bro...'

'Give up in Dakwah & Tarbiyyah?

Remember this bro.

Kalau enta kata: 
'Malas nak berdakwah. Ramai dah berdakwah' 
samalah macam enta kata
'Malas nak masuk Syurga. Ramai dah masuk Syurga'

So Luqman dah give up nak masuk Syurga ke? Ramai dah masuk Syurga. Haha.'

Give up masuk Syurga? Erghh sentap

'Luqman rindu Abrar ye? Ye ana faham Luqman rindu Abrar. Sahabat katakan.

Kadangkala kita rasa kita sangat rindu kat seseorang.
Sama ada hidup atau yang sudah mati.

Rindu yang teramat.

Tapi sebenarnya kita lupa.
Kita lupa siapa yang menciptakan perasaan rindu itu.

Siapa yang cipta perasaan rindu itu?

Ingat selalu Luqman, Allah yang cipta perasaan rindu itu.

Sebenarnya bukanlah si Abrar yang kamu rindu itu, kamu rindu Allah sebenarnya.
Luqman rindu dengan Sang Pencipta Rindu...

Oleh itu Allah kurniakan rasa rindu kerana Allah rindu cinta Luqman kepadaNya.

Allah rindu Luqman. Tak nak balas ke rasa rindu Allah itu?

by the way Luqman, please answer my questions...

Di mana Allah kat hati Luqman?
Sehinggakan Luqman mampu rindu Abrar melebihi rindu kepada Allah?

Di mana Allah kat hati Luqman?
Sehinggakan Luqman mampu cinta Abrar melebihi cinta kepada Allah?

Luqman sahabatku, di mana Allah di hati Luqman?'

Bro Ameer henti berbicara. Ucapan salam diberi.

Talian dimatikan.

Allah Allah,

DI MANA ALLAH DI HATI AKU?



***


Alhamdulillah.
Kini aku sudah pulih.

Aku Da'ie professional. Bak kata Abrar:
'Kita nak jadi Da'ie professional kan? Dunia & akhirat dua-dua kita awesome!'

Aku juga pulih daripada silap meletakkan Cinta.

Sepatutnya Cinta Allah nombor satu,
Cinta lain Allah akan bantu.

Ketika scrolling timeline Facebook, ada satu status Facebook yang tarik perhatian aku:


---------------------------------------------


Tetiba pagi tadi phone ringing.
Azim call.

'Wehh, Abrar meninggal dunia pagi tadi.'

'Abrar mana ni?'

'Abrar mana lagi? Abrar kauthar ah.'

'Abrar kena langgar bas masa on the way balik daripada masjid.'

Abrar?

What?

Menangis. Aku menangis.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.

Mustahil.

Dia masih muda. Baru 17 tahun.
Mana mungkin dia mati!

Itu getus dalam hati aku.
Aku tidak percaya khabar itu.
Tak masuk logik akal aku!

Tapi,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)

Siapa kata mati masa tua kerepot je?
Silap. Sungguh aku silap!

Aku tengok status Facebook dia, tak sabar tunggu 20.3.2014
Dia excited nak ambik result SPM.

Dia yakin result dia gempak!

Mungkin selepas dia berusaha sungguh-sungguh untuk SPM.
Bersungguh untuk bangkit setelah tewas dalam PMR.

Aku tahu dia memang berusaha betul untuk SPM.

Tapi,

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)

Aku tahu itu.
Aku maklum aku akan mati.
Aku hafal ayat itu.

Tapi,

Apa yang aku fikir sekarang?
Apa yang berlegar dalam otak aku sekarang?
Apa yang aku fikir sekarang SPM SPM SPM!

Mati aku tak fikir langsung.
Aku tak kesah langsung.

Mati aku tahu ke bila?
Apakah aku dah sedia nak mati?

Aku ni yakin gila aku mati lepas result SPM.
Aku macam yakin 100% yang aku mati lepas SPM.

Padahal,

Mati bila-bila.
Boleh 5 saat lagi.
Boleh 5 jam lagi.

Namun mengapakah aku amat yakin aku mati lepas ambik result SPM?
Astaghfirullah.

Abrar,
6 hari lagikan kita nak ambik result?

Tapi Abrar tak tahu dia mati hari ini.
Ketentuan Ilahi dia mati hari jumaat.

Benar. Hari Jumaat.
MasyaAllah hari jumaat.

Moga Allah bagi Syurga kat Abrar.
Ada berkat Abrar meninggal dunia hari ini.

mati dalam pakaian ke Masjid.
mati dalam pakaian Sunnah.
mati setelah solat subuh di Masjid.

Aku doakan kau Syahid Abrar!
Aku doakan kau jadi Ahli Syurga.

Tunggu aku.
Aku akan menyusuli.
Dengan title Syahid InshaaAllah.


---------------------------------------------


Lepas sahaja baca status tersebut, aku teringat satu kata-kata Abrar

'Luqman, aku ingin nak join program Pencetus Ummah. Doakan aku dehh...'

Abrar, doa kau makbul.
Abrar, sesungguhnya kaulah pencetus Ummah.

Benar. 

Sekarang kau telah menjadi seorang Pencetus Ummah.
Pencetus kepada para pelajar yang menunggu result SPM.

Pencetus agar ingat mati.
Pencetus agar ingat Allah.

Tarikh result SPM tahu bila, tarikh mati tahu?

So why must we cuak dengan something yang tahu bila berbanding something yang mungkin 5 saat lagi, mungkin 10 saat lagi.

Allah Allah.

Kuat sungguh keyakinan kita mati bila ya?

Taubat.



Apa-apa pun, tahniah aku ucapkan.

Tahniah sebab berjaya meraih gelaran Syahid.

Syahid yang diidam-idamkan oleh semua orang.
Manakan tidak, syahid dijanjikan Syurga Allah beb!

Mengapa aku kata Abrar Syahid?

Abrar dalam perjalananmu ke Masjid, kau digilis oleh sebuah bas sejauh 120 meter.

Benar, 120 meter kau telah digilis oleh bas. 

Namun,
Badanmu dijaga oleh Allah!
Badan kau tiada calar sedikit pun!

Adakah disebabkan dirimu penghafal quran?
Adakah disebabkan perjalanan kau ke masjid untuk solat subuh?
Adakah disebabkan kau meninggal dunia pada hari jumaat?

Kenal Ammar As-Syahid?

Daripada ibu arwah Ahmad Ammar As-Syahid:
'Pakaian yang dipakai Ammar semasa kemalangan langsung tiada darah sedikit pun. Cermin mata yang dipakai sikit pun tidak pecah. Baju pun tidak koyak sedikit pun'

Digilis bas sejauh 120 meter tanpa sebarang calar?

Allahu Rabbi,
Syahid itu telah kau kecapi sepertimana Ammar As-Syahid kecapi.

Sungguh, aku kini cemburu denganmu.

Abrar, tunggu aku.
Tunggu aku di Syurga.

Tunggu aku!

Abrar Bakri As-Syahid




'إِنَّ الأبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ'



Al-Fatihah untuk Abrar bin Bakri.

31 comments:

  1. Allah , indahnya sebuah persahabatan yg dibina atas nama Allah~

    ReplyDelete
  2. Allahurabbi. hebatnya dirinya. semoga kita juga mendapat husnulkhatimah :)

    ReplyDelete
  3. Al fatihah untuk anak saudaraku Abrar.....Untuk Luqman, semoga terus istiqamah dalam berdakwah....moga jadi da'ie professional yang awesome...

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah buat allahyarham abrar.. semoga dtempatkan bersama para syuhada.. dan untuk luqman alhamdulillah teruskan mnjadi da'ie semoga perjalanan dan urusanmu diberkati dan dpermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  5. nak menangis baca ni

    ReplyDelete
  6. Allahu Rabbana... Engkau telah hidupkn kami dlm iman, maka matikan lah jua kami dlm iman (husnul khotimah) insyAllah, ameen..

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar.moga tenang arwah di sana..saya sama uni dengan kakak arwah,beliau seorang yg tabah.kita yg melihat dia pun mengalir air mata :'(

    ReplyDelete
  8. T.T jealous. dgn persahabatan yg dibina atas nama Allah T.T

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar. Moga roh sentiasa dicucuri rahmat. Alangkah indahnya jika terjalin sebuah persahabatan atas nama Allah. AllahuRabbi

    ReplyDelete
  10. subhanallah :'(

    ReplyDelete
  11. Allah :'(
    indahnya persahabatan kerana Illahi..
    Terasa sebak di hati..dah nangis dah nie..T.T

    ReplyDelete
  12. Allah terasa sangat kemanisan ukhwan.rindu arwah sahabat.rindu syahid Allah. :'/

    ReplyDelete
  13. Sebak. Indah ukhuwah itu kerana Allah. Saling memperingati untuk ke jalan Allah. Allahu :'( moga Allah redha dengan setiap amalan kita.

    ReplyDelete
  14. Allahurabbi.Menitik air mata.

    ReplyDelete
  15. sedihnya cerita membuka pintu hati ini

    ReplyDelete
  16. abrar khautsar n abrar bakri owg yg sme?

    ReplyDelete
  17. Subhanallah.. inilah namanya persahabatan
    atas dasar imaniyyah bkn jahiliyyah..
    thnx 4 share~

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah tempatkan kita semua dalam kalangan orang2 yg beriman .Aamiin. Thank you for the share . Aiman albanna dan Luqman San orang yg sama?

    ReplyDelete
  19. Cerita ni cerita benar ke ?

    ReplyDelete
  20. سيتي نور ايوني بنت حلمي ツJuly 10, 2015 at 4:15 PM

    Bersahabat biarlah sampai ke Syurga...

    ReplyDelete
  21. Kalau kisah benar aiman banna ni luqman ke ape

    ReplyDelete
  22. Mcm mana ana nk dptkan semangat berdakwah mcm arwah abrar? Ana kecik lagi, susah org dewasa nk dengar..

    ReplyDelete
  23. semoga allah meletakkan allahyarham dalam kalangan orang beriman.. this story, remind me about my little brother..yes, allah pun sayang amin more than us, at age 18..and yes, lebih kurang allahyarham abrar, adik kembali kepadaNya asbab accident jugak.. after asar..otw balik to rumah .. how much i miss u dik! entry ni, wake up call for me though! rindu kepada c pemilik & pencipta rindu --.. semoga allah merahmati..

    ReplyDelete
  24. Allahu Rabbi.al Fatihah utk allahyarham abrar.

    ReplyDelete
  25. Mohon share entry ini. Terima kasih.

    ReplyDelete