Fullstopisme : Couple



---
Pengenalan.

Ini ialah segmen "Fullstopisme"

Fullstopisme ialah satu segmen yang saya reka sebagai satu perkongsian idea-idea dalam kaedah bagaimana ingin berhenti secara permanent dalam membuat satu perkara. 


Full = Penuh.
Stop = Henti.
Fullstopisme = Gejala berhenti yang penuh,


Fullstopisme ini ruang untuk saya kasi buah idea saya dalam usaha untuk mencapai Fullstopisme dalam berjahilah dan bermaksiat khususnya.

Tercipta mangga sudah tentu adanya anak kunci untuk membukanya seperti itu juga setiap masalah sudah tentu Allah ada cipta penyelesaiannya. 

InshaaAllah ada penyelesaian bagi setiap masalah. Sebab itulah saya cipta segmen Fullstopisme.

Segmen Fullstopisme ikut tema. Contoh untuk entry Fullstopisme yang pertama saya ini, saya mulakan dengan tajuk Couple. 

Oleh itu, dalam segmen ini saya akan terangkan kaedah Fullstopisme dalam ber-couple dalam erti kata yang lain, cara untuk berhenti secara permanent dalam ber-couple.

Moga bermanfaat! ;D

---


Fullstopisme Couple


Couple.

Saya akan bagi penerangan tentang apa itu Couple dahulu kemudian barulah saya bagitau bagaimana untuk menjalankan Fullstopisme. Sebelum kita pergi jauh-jauh, izinkan saya bentang report yang juga thesis saya mengenai couple:



-----


Report : Couple & Cinta



Aim of experiment :

Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.


Problem statement :

Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.



Hypothesis :

Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.

Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.


Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :

1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah (Couple) akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga(Syaitan)
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

-----


Faham tidak experiment report yang saya buat itu? Konklusi keseluruhan dalam report itu mudah, Couple HARAM.

"Hoi Poyo! Suka hati hengkau je kata haram... Kami couple islamik al-kapeliah"

Relax, jangan risau... Saya akan bagi penjelasan yang sejelas-jelasnya agar tiada yang memberontak tidak puas hati kerana saya kasi statement sebegitu tadi. 

Relax brader, brader relax. Pertama, kita kena faham dahulu 'couple' itu bagaimana. 

Kadangnya ada sahaja mereka yang suka-suka dalam hati tak diluahkan pun tapi dia anggap couple juga. Kadangnya ada sahaja mereka yang sudah kemaruk dalam cinta, sudah beberapa kali buat benda haram dalam hubungan antara lelaki dan perempuan namun masih tidak merasakan ianya couple.

Ramai yang salah faham mengenai couple! Baiklah saya akan bagi satu analogi mudah mengenai Couple:

---
Daging. Aku nak makan daging. 



Daging itik? Daging ayam? Daging ikan? Kalau sebut daging so automatically daging lembu laa. Masyarakat Malaysia memang commonly tahu apabila sebut daging, memang daging lembu. Tak payah nak gedik tanya daging makhluk hidup lain.


Couple. Aku nak couple.


Couple sebelum kahwin? Couple selepas kahwin? Couple pertunangan? Kalau sebut Couple memang automatically couple sebelum kahwin laa. Masyarakat Malaysia memang commonly tahu apabila sebut couple, memang bercinta antara lelaki dan perempuan sebelum nikah. Tak payah nak gedik tanya couple yang macam mana.

---

Faham tidak analogi di atas itu? Definisi couple yang difahami dalam atmosphera Malaysia ialah:

Hubungan mesra antara lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan yang sah.

Hukum couple yang difahami dalam atmosphera Malaysia ialah:


Haram & Neraka

Haram sebab apa?

Para Ulama' sepakat mengatakan bahawa hukum Ikhtilat ialah Haram. Haramnya couple ini dengan berdalilkan:

وَلا تَقرَبُوا الزِّنىٰ

Dan janganlah kamu menghampiri zina

Allah dengan jelas mengatakan: Janganlah kamu menghampiri Zina. Maka, apa-apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri kita kepada zina walaupun sekecil langkah anak kuman, maka Haram hukumnya.

Apabila istilah haram digunakan dalam sesuatu definisi, maka secara tidak langsung Neraka menanti. Baiklah, seterusnya saya akan memberikan penjelasan lanjut mengenai definisi couple saya tadi.



Penjelasan dan syarah lanjut mengenai definisi Couple:



1. Hubungan mesra.

Apa-apa sahaja hubungan mesra yang tidak menjaga Ikhtilat (tidak jaga pergaulan mengikut syariat). Hubungan mesra ialah hubungan yang telah melangkau batas persahabatan yang biasa.

Contohnya seperti:
-Bermesej tanya khabar hamster dengan kerap, chat tanya dah beli cokodok belum, hantar surat bagitau dia rindu arwah biawak.

Itu semua tiada hajat dan tiada keperluan untuk berinteraksi. Inilah yang selalu di antara pasangan Couple, bermanja mesra dengan soalan-soalan yang tidak penting.

Mula-mula begitulah. Kalau dah lama-lama nanti berjumpa kat memana, pastu makin melalut dan melalut dan akhirnya... Astaghfirullah.

2. Antara lelaki dan perempuan.
Haaa. Jangan pula kata kawan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan tak boleh sebab nak jaga Ikhtilat. Bermanja-manjalah antara kalian, bermesra-mesralah antara kalian.

Itu namanya Ukhuwah!

Jangan bercouple antara sama jantina sudah. Nereka nak? -..-

3.Sebelum perkahwinan yang sah.
Ini bahagian paling penting. Istilah couple yang haram itu hanyalah untuk mereka yang berhubungan mesra antara lelaki dan perempuan SEBELUM perkahwinan yang sah.

Haa. Nanti dah kahwin, tak nak bermesra pulak, sebab takut haramnya couple. Baiklah, bahagian ini memang kena faham molek. Ada istilah Kahwin dan Tunang.


Kahwin.
Kalau korang bercinta selepas nikah, bukan couple namanya.
itu namanya Cinta membawa ke Syurga.
Tunang.
Kalau korang bercinta sebelum nikah, dan bercita-cita nak kahwin, janji nak kahwin kelak, itu bukannya couple. itu namanya tunang. Kalau korang bercinta semasa tunang, dah bertunang, jagalah pergaulan antara korang. sebab tunang tak menghalalkan lagi hubungan korang.


Ini pula kedudukan Couple:

Bercinta sebelum nikah, acah-acah kononnya nak kahwin tetapi parents memasing tidak tahu, tidak menjaga Ikhtilat antara pasangan.
Ini pula kedudukan Couple Islamik.

Bercinta sebelum nikah, acah-acah kononnya nak kahwin tetapi parents memasing tidak tahu, tidak menjaga Ikhtilat antara pasangan. Menggunakan hujah-hujah Islam untuk back up perbuatan dan hubungan terkutuk itu. Merasakan bertanya "sudah Qiam?", "Sudah Dhuha?" dan pelbagai lagi alasan Islamik sudah cukup untuk menutupi kesalahan mengislamkan couple itu dengan cara haram.

p/s: Couple Islamik adalah tersangat-sangat lebih teruk berbanding Couple yang biasa kerana ianya menjatuhkan fitnah kepada Islam yang suci putih. Konon nak berdakwah membina Ummah, hakikatnya menjatuhkan dan mengikis Ummah secara sedar mahupun tidak...

Baiklah. Pada tahap penerangan saya setakat yang ini, saya yakin anda yang ingin Fullstopisme sudah faham mengenai apakah itu couple dan keluarganya dengan sebenar-benar kefahaman. InshaaAllah.

Kita terus kepada Fullstopisme couple:

Fullstopisme Couple #1

Halangan pertama bagi yang sedang bercouple sudah tentu bagaimana untuk meluahkan rasa taubat dan insaf itu kepada pasangan anda. 

Mestilah rasa susah dan berat, orang yang kita cinta dengan sedalam-dalam cinta selama ini, setiap hari wajib tanya khabar, tanya itu, tanya ini, tiba-tiba nak menghilangkan segala keindahan dan kemesraan dalam hubungan kalian...

Jadi langkah yang pertama dalam usaha untuk Fullstopisme ialah:
Kembali kepada Allah.
Kamu kasi hubungan kamu dengan Allah rapat dengan serapat-rapatnya. Itu sangat membantu. Kemudian eratkanlah hubungan awak dengan Nabi Muhammad.

Ikutlah kamu nak buat macam mana, sama ada dengan banyak bersolat sunat, bertasbih, beristighfar, berselawat dan pelbagai lagi kaedah-kaedah lain untuk mendekatkan diri kepada Ilahi dan Nabi.

Kamu kenal diri kamu bagaimana, dan apa yang telah kamu lakukan. Kamu tahu betapa jauhnya diri kamu dengan Allah. Kamu tahu betapa 'dekat'nya kamu dengan Nabi Muhammad. Maka langkah pertama, buatlah perkara-perkara yang kamu rasa bersesuaian. Lakukanlah sebanyak yang kamu mampu sehinggalah...

Kamu merasakan Cinta Allah dan Nabi menandingi segalanya!
Cinta kamu kepada Ilahi dan Nabi yang tinggi itu akan menyebabkan cinta kamu kepada  pasangan couple kamu itu pudar. Kemanisan bercouple akan menjadi tawar. Andai perkara itu dapat dicapai, maka dipersilakan dengan segala hormatnya untuk kamu pergi ke Fullstopisme Couple #2.

Ini amaran keras.
kalau kamu mahu berubah dengan permanent, yakni selamanya hingga Syurga... Jangan sesekali langkah Fullstopisme Couple #1 ini. Hubungan Allah kamu kena jaga.

Sepertimana kamu selalu lupakan Allah, abaikan Allah ketika kamu couple,
Maka sudah tiba masanya untuk kamu lupakan si dia dan fokus segalanya untuk Allah.

Lupakan si dia dan cintakan si Dia.


Fullstopisme Couple #2

Sudah dapat kekuatan setelah 'bertemu' dengan Tuhan?

Itulah kuncinya untuk ke Fullstopisme #2. Sekarang apa yang perlu kamu lakukan adalah menjadi seorang yang berani kerana agama Ilahi, juga menjadi pejuang gagah penyambung dakwah.

Kamu berada dalam agama yang Nabi Muhammad berjuang mati-matian, takkan laa kamu nak jadi macam kura-kura yang penakut yang tiada keberanian? Oleh itu, jadilah seorang yang berani, dengan: 

Say the truth because you already found the truth.
Kamu sudah tahu hakikat couple sebab Allah yang bagi hadiah hidayah itu kepada kamu. Kamu telah jumpa kebenaran.  Sekarang ini pun kamu sudah dapat kekuatan daripada Ilahi dan inspirasi daripada Nabi hasil daripada usaha kamu dalam Fullstopisme Couple #1.

Sekarang, bagitahulah pasangan couple awak itu akan hakikat dan kebenaran yang kamu jumpa itu. Takkan lah kamu tak nak share kebenaran itu dengan dia? Kamu ni nak masuk Syurga Allah sorang-sorang ke? Tak nak ajak dia?

Kalau betul kamu sayang pasangan couple kamu itu, Neraka kamu tidak akan benar sentuh dia.

Nahh. Kalau betul sayang bagitahulah hakikat couple sebenar kerana couple itu membawa kalian ke Neraka. Membawa kamu dan dia ke Neraka. Na'uzubillah!

Terus teranglah dengan dia tentang hakikat sebenar. Moga Allah beri kekuatan!


Fullstopisme Couple #3

Ini langkah terakhir dalam Fullstopisme Couple. Andai niat kamu untuk memperbetul jalan kamu yang selama ini menuju ke Neraka kepada jalan yang hala tujunya ke Syurga, inshaaAllah Allah akan permudah segala urusan kamu.

Ini langkah terakhir. Inilah kemuncaknya. Selalunya antara pasangan couple ada sahaja yang cinta antara mereka dengan sebenar-benar cinta. Ada yang cinta kerana Allah (selalunya couple Islamik).

Maka solusi yang terbaik ialah tukarkan definisi couple yang haram itu kepada sesuatu definisi yang halal. Apakah itu definisi yang halal?

Single / Tunang, Kahwin!

Baiklah. Bagaimanakah caranya untuk ubah definisi yang haram kepada perkara halal tersebut? Saksikan langkah-langkah tersebut:

1. Bagitahu dia perkara sebenar mengenai hakikat couple. Walapun pahit, teruskan sahaja.

2. Bagi pilihan sama ada:
-Putus couple.
-Bagitahu mak ayah masing-masing mengenai hubungan kalian.

3. Andai dia pilih putus couple, maka moga Allah redha keputusan kalian, maka dalam situasi ini kamu sudah single! Sepertimana kamu selalu lupakan Allah, abaikan Allah ketika kamu couple, Maka sudah tiba masanya untuk kamu lupakan si dia dan fokus segalanya untuk Allah. Lupakan si dia dan cintakan si Dia. Mulakanlah kehidupan baru, lupakanlah dia.

4. Andai dia pilih untuk terus terang kepada parents masing-masing maka itu inshaaAllah yang terbaik. Maka seriouslah untuk tukarkan definisi couple kalian itu kepada tunang ataupun kahwin.

5. Berani untuk terus terang parents masing-masing dan berani juga untuk bagitahu kepada 'bakal parents' masing-masing!



Masalah mendatang.
Parents kata kamu masih muda?

Oleh itu, buktikanlah kepada mereka bahawa kamu sudah bersedia dan cukup matang untuk membina sebuah rumah tangga. Perkahwinan bukan satu permainan, boleh main cuba-cuba.

Perkahwinan perlu dibina dengan ilmu dan keimanan.
Jadi, buktikanlah kamu ada.
1. Kematangan.
2. Ilmu yang seadanya
3. Keimanan.

Convince mereka. Bagi mereka ada kepercayaan kepada kamu. Nak kahwin bukan mudah bang... Tapi perlulah dengan strategi perancangan yang molek.

Banyak lagi inisiatif-inisiatif dalam Fullstopisme Couple ini seperti Tunang, Kahwin Muda, Nikah Khitbah dan lain-lain.

Yang paling penting, kematangan, ilmu dan keimanan perlu ada. Apa yang saya maksudkan dengan keimanan ialah bagaimana hubungan kita dengan Allah, kalau dah rasa bagus maka teruskanlah.



The heart of the matter, kamu ada dua pilihan.

Pilihan #1
Jom Couple
 Pilihan #2

Jom Single// Tunang// Kahwin

Binalah satu hubungan yang membawa kalian ke Syurga. Mana satu hubungan yang membawa ke Syurga?

Sudah tentu pilihan #2.

Kalau pilih pilihan #1 memang melepak dengan pak cik pak cik Syaitan kat dalam Nereka lah kelak. Nak ke bang?

Saya akhiri Fullstopisme Couple dengan pantun saya:
Ajak couple tak membawa berkat.
Ajak kahwin ada keberkatan bertingkat-tingkat.

Bantuan Allah bersama mereka yang ingin berlari menuju ke Syurga-Nya!

Moga Allah redha.
Nabi Muhammad suka.

#fullstopisme #couple

___

Ingin mengetahui lebih banyak Fullstopisme?
Dapatkan buku #Henshin nukilan Aiman Banna segera!
Secara online, whatsapp 0173316830
Ataupun di MPH, Popular // kedai buku berdekatan.
___

32 comments:

  1. nak mohon share ya .. thanks btw .. this gives everyone a deeper understanding about couple .. :-)

    ReplyDelete
  2. Salam alayk.Mohon bagi pencerahan tentang nikah khitbah,boleh. Jzkllahu khair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikah gantung dalam bahasa arab adalah nikah khitbah.

      Nikah khitbah sama seperti nikah biasa. Cuma pengantin lelaki dan perempuan tak duduk serumah dalam satu tempoh yang tertentu (yang dipersetuju antara dua pihak keluarga).

      Syarat nikah khitbah tetap sama dengan syarat nikah biasa iaitu mesti ada
      1.pengantin lelaki,
      2.pengantin perempuan,
      3.wali,
      4.saksi
      5.ijab qabul.

      Cuma beza dia dengan nikah biasa adalah suami tu tak wajib tanggung isteri dia untuk bagi nafkah zahir dan batin. lepas majlis Akad Nikah, kedua pasangan pengantin tadi perlu tinggal berasingan walaupun dah sah. selalunya pasangan tinggal di rumah keluarga masing masing. kalau dalam tempoh mereka duduk berasingan tapi selalu keluar makan, dating, study or something kalau mereka terlanjur sekalipun, ape yang dorg lakukan tak salah dan tak haram.
      Nikah gantung ini adalah untuk elak zina. Satu jalan untuk mereka yang masihl belajar atau mereka yang masih belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga maka nikah gantung ini dapat meringankan kerja dorg sebagai suami isteri

      Wallahu'alaam.

      Delete
    2. Assalamualaikum , but i just wanna to share . Persoalan nikah khitbah pernah saya bertanya kepada seorang ustaz dan ustaz tersebut berkata tiada istilah nikah gantung exactly sebab selepas ijab dan kabul , automatik tanggungjawab si isteri telah jatuh kepada pihak si suami . Dimana , sebenarnya nikah gantung ini hanyalah adat bagi orang melayu . Sekadar perkongsian , Wallahu'alaam .

      Delete
    3. Yaa betul.

      Selagi mana ianya baik dan ada kegunaan yang bermanfaat untuk maslahat yang besar, maka tafaddhol dipersilakan untuk ber-nikah khitbah.

      Wallahuta'alaaa'laam ;D

      Delete
    4. assalamualaikum, ap pdgn abg kalau kitrg slau chat waktu hujung minggu shje tp tnye bnda comman je cm 'dah mkn lom, tgh wat pe ?' itu dikira couple ke ..

      Delete
  3. Kalau si dia masih tidak faham? Atau menggunakan alasan, kenapa dari dulu tak bagitahu awal awal? atau kata 'oh dah dapat , then tinggalkan'. Mohon panduan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata:

      "oh dulu kita menuju ke Neraka, then menuju ke Syurga."

      gituhh ;D

      kata la, bukannya nak tinggalkan pung, kan nak ajak dia tunang atau kahwin. kalau dia tak nak tunang atau kahwin, maka single lah, pilihan siapa nak tinggalkan?

      lebih baik tinggalkan dia daripada tinggalkan Allah T-T

      Delete
  4. Assalamualaikum. Nak tanya. Kalau pasangan rmaja yg muda sangat around 15-17 bercinta tak jumpa tak on call. Just mesej macam 'makan cekodok warna apa' tiada unsur lucah. Parents tahu ttg hubungan mereka dan tidak halang. Jumpa waktu hari raya itu pun waktu open house. Apa pandangan anda ttg hubungan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta yang hala tuju bukan ke arah ikatan perkahwinan maka sama sahaja dengan couple.

      wallahu ta'alaa a'laam ;D

      Delete
  5. Assalamualaikum, wajar atau tidak saya mempunyai perasaan yang lebih daripada seorang kawan terhadap kawan saya ? Perlu ke saya lupakan ? Tapi kadang kadang saya tak boleh kawal rasa cemburu saya bila dia mesra dengan kawan-kawan saya. #justasking

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Syukran atas perkongsiannya saudara. Allahu, deep sangat... tak tau nak kate camne. Tersentuh. Teruskan berdakwah. Semoga peroleh keberkatan. Inshaa Allah. Jazakallahu khairan :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Abang Aiman, saya ni still muda ceh I mean 16 tahun. Em saya ni tak pernah pon terjebak dalam couple. Tapi saya ada je cam mesej dgn ajnabi like.. "Hai! Tgh watpe? Dah mkn?". Haa camtu. Pendapat abang, yang tu dikira couple jugak ke? Sebab saling tak mintak pon couple or sebaliknya. And boleh ke kalau still teruskan mesej camtu? Anggap kawan je?

    Thats all. Thanks. Keep going update isu menarik yo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      masalah kamu bukan masalah couple. Relax... ;D
      masalah kamu ialah masalah ikhtilat.

      apa itu ikhtilat? nah hadiah:
      http://www.aimaanbanna.com/2014/10/eeeh-ulat.html

      Moga Allah kurniakan kefahaman kepada kamu! =D

      Delete
  8. Nak tanya. Em mmg la kalau saya dgn dia tu kapel senang la nk bagitau kapel haram blabla tapi saya ngn dia kawan je. Haa nk putus kawan tu mcm mana? Sbb kami mmg dah rapat dari dulu. Rasa jgk mcm berdosa. Yelah dia tu bukan siapa2 saya. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  9. assalamualikum...

    boleh saya tanye pendapat bagaimana pula jika seorang lelaki itu berhubung dengan perempuan ajnabi,tidak lah mesej seperti "hai,tgh watpe,dh mkn blum"...

    tetapi xjugak membincangkan soal yang mungkin, penting,tp ada juga kadang-kadang....

    namun lelaki tersebut berhajat untuk mengahwini perempuan itu,tetapi tidak pula memberitahu perempuan itu...dan berhajat untuk memberitahu ibu bapa nya suatu hari nanti...

    kerana umurnya masih 18 tahun..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Mcm mana kalau lelaki tu couple dgn perempuan tu tapi mak ayah perempuan tu tahu je tentang hubungan diorang. Lelaki tu duduk dgn nenek dia sbb mak ayah dia dh bercerai sejak dia kecil lagi and nenek lelaki tu pun thu tentang diorang couple tu. Adakah tu dikira couple atautunang? Sbb umur diorang masih lagi belasan tahun. Dan diorang masing2 ada niat nk kahwin.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Nikah khitbah tu masa belajar ja kan? Kalau dh habis belajar tu macam mana? Terus pegang tanggungjawab tu,atau masih cara hiduo yg sama?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kalau couple pada awal usia..tetapi telah dijodohkan apabila ke hari tua itu bagaimana? Adakah dosa mengalir sewaktu usia muda hingga ke hari sebelum nikah ??

    ReplyDelete
  14. assalamulalaikum,

    kalau saya suka lelaki tu,lepastu lelaki tu tau saya suka dia...then dia pun suka saya.tapi kitaorg tak mesej,tak jumpa,tak tanya khabar suma.adakah hubungan kami couple?atau kami bercinta?adakah couple dan bercinta itu sama?

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum.
    macam mana kalau. okay someone confess yang dia suka saya n act dia tu kawan saya n memang dah lama kenal dalam 4 tahun centu but then in the 4th years dia kata dia suka saya . so then macam saya nie susah sikit nak percaya bab bab cinta nie cause for me macam menyusahkan sebab kalau frust pon frust sorang sorang sampai bengkak bengkak mata kan . i still treat dia macam member . borak macam member ((ye tahu ikhtilat)) cuma nak mintak pendekatan macam mana nak slowtalk dengan dia yang saya macam bukan taknak terima cuma belum sampai masa ((takut nak bg ayat reject kejam kang tersakit hati ke berdendam ke payah pulak lagipun member dah lama kan)) .saya serba salah sebenarnya tipu lah kalau tak sayang member ,takkan nak biar je dia ((dan mungkin saya)) terus terusan buat zina hati kan . mohon bantu :))

    ReplyDelete
  16. macam mane kalau pasangan remaje yang lingkungan 15-17 yg parents tahu hubungan diorang and pasangan tuu dah pasang niat untuk nikah mase dh besa nanti...
    mohon reply

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Emm a girl sebaya dgn isteri awak, dan tunangnya juga sebaya dgn awak. Macam mana ye girl nak yakinkan untuk mereka halal lebih awal nikah, walaupun nikah khitbah sbb boy belajar di oversea, mgkin dia ada rasa sedikit terbeban dgn menanggung girl walaupun girl akn ditanggung parents. That girl nak sgt halal cepat but then diorg jauh and so on. Mohon bantu ��

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum,saya nak tanya sesuatu. Kita sedia maklum bahawa selepas kawin, wanita x perlu lg taat pd ibu bapa. Kami hanya perlu taat pd suami sbb syurga istri letak di bawah telapak kaki suami. Tp mcm mn kalau suami berlaku zalim sampai kita terpaksa derhaka pd ibu bapa kita? Adakah kita masih lg perlu taat pd

    ReplyDelete
  20. Salam alaik, bang, i think i fell in love w my bestfriend la. Ya mmg saya perempuan dia lelaki. Saya tgh try control taknak luahkan perasaan but at times rasa nak menangis sbb takdapat nak bgtahu, i pray hard that if dia bukan jodoh maka jauhkanlah kami, but then... idk.... masing masing nak masuk 20 dah... seriously, we shared things, like knowledges and jokes around jugak sometimes. Problems tu mmg ya la share... macam mana ni. I already gave him hint i want him to be my husband years to come.... tp i guess lelaki mmg susah nak faham, no? Idk... help T_T

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum... cenggini...kmi msing2 umur 18 thun ni... kami x sllu jmpa..x sllu on call...pling2 cht pun.. 2-3 kali seminggu..n kalu jumpa pun,,sebulan skli..tpi bkn kmi dua ja lah.. biasa pergi dgn kwn2 or kazen2... family masing2 dh tau...sblum ambik spm,,dy prnh ckp yg dy mmg mau nikah dgn sy.. fmily dy dh tau.. cuma family sy yg xtau lg..sbb sy x brni bgtau..lpas hbis spm tuu,,dy minta sy tggu dya utk 7-8 thun lg..sbb dy mau kc stabil hidup dia sblum tanggung ank org,,sy cuma ok ja..hbngn sy dgn fmily dy pun mmg baik... tp dia ngn fmily sy x brapa sgt.. sbb fmily sy ni tegas skiiittt...tp bru2 ni dy mcm lain skit sikap dia.. sy pn xtw knpa.. so..patutkah sy tggalkn dia..atau pn tggu dia??
    plzz..help me...

    ReplyDelete
  22. What if both of our parents dh tahu pasal hubungan kitorang...n memang kami ad niat nak kahwin..cuma belum bgthu prents sebab belum sedia..macam mane nak jaga hubungan ni

    ReplyDelete
  23. saya baru ja baca buku #Henshin tu..buku tu banyak menceritakan banyak perkara seperti couple,crush,ikhtilat dan sebagainya..buku tu deep la jugak tapi inshaAllah saya akan cuba untuk berubah pelan²...nak Henshin bukan senang tapi kena banyak usaha..terima kasih atas ilmu yang dikongsi..saya doakan semoga dakwah anda dirahmati Allah S.W.T...Aamiin..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum. Abg ..saya nk tanya ..jujur saya couple tapi skrg saya sedar benda tu maksiat, dn yg girl nk sgt khawin awal, saya pom nak khawin awal tapi saya miskin kena tolong keluarg dlu, insha Allah sya boleh tggu dia ,dn insha Allah dia boleh tggu saya,tpi dlm tempoh tu kami berhubung dn saya sedar benda tu maksiat tapi sya berusaha nk hindar benda tu ...saya xthu nm buat ape abg ..nk putus ke nk buat ape sya x thu dlm masa yang same saya nk jaga hati dia spy xterasa ..saya harap sgt sgt abg boleh reply ..plezz abg

    ReplyDelete
  25. GL FOR YOU AND WIFE IN THE FUTURE
    JAZAKULLAH HULKHAIR DGN ISTERI
    HARAP BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
    TERUSKAN USAHA UNTUK MENGUBAH UMAT MASA KINI.
    =)
    SINCERELY FROM,
    BUDAK INTEGOMB

    ReplyDelete