Muka Buku sepatutnya tiada Muka Kamu. Tahu?


___

Penting
Entry ini special edition untuk akhawat, muslimat dan perempuan sahaja deh!

Untuk muslimin dan lelaki janganlah berpatah balik dan terus blacklist blog ini. Baca dan hadam molek kemudian sebarlah dengan sejauh-jauh sebaran. Sama juga kepada muslimat, sebarkan noh!

___


Muka Buku, satu direct translation yang diambil daripada lagu Najwa Latif, 'Cinta Muka Buku'.

Muka Buku = Facebook.

Siapalah yang tak kenal Facebook? Walaupun tidak pandai Bahasa Inggeris , namun masih sebut dengan kelancaran yang nyata apabila menyebut perkataan 'Facebook'.

Jelaslah menunjukkan bahawa betapa popularnya makhluk Facebook ini. Tidak kurang juga Twitter dan Instagram.

Tajuk entry berbentuk soalan, 'Muka Buku sepatutnya tiada Muka Kamu, Tahu?'

Jadi kamu tahu atau tidak!?

Dalam entry ini, saya berkata mengenai Muka Buku ataupun mana-mana laman sosial yang mempunyai fungsi untuk dimuatnaik gambar kita di dalamnya seperti Instagram dan Twitter.

Mungkin ada yang berkefahaman bahawa haram untuk adanya muka-muka akhawat di alam maya. Bermaksud tidak boleh untuk upload gambar di alam maya.

Andai kata haram, jika dilakukan maka neraka ialah tempat vacation sepanjang hidup kamu, selama-lamanya. Mahu?
Andai kata haram, maka wajib untuk tiada gambar-gambar muka muslimat di alam maya.

Haram upload & wajib tiada gambar langsung!?

Saya tidak setuju 100%!

'Tetapi mengapa tajuk entry macam keluarkan waran pengharaman upload gambar!?'

Faham molek dahulu, saya kata 'sepatutnya tiada'.  Bukannya wajib tiada ataupun haram muat naik. Tidak!

Saya tidak berpegang dengan hujah yang mengatakan wajib ataupun haram upload gambar, saya faham dengan atmosfera suasana kehiduan kita yang serba canggih dan penuh dengan kepekatan sosial ini.

p/s : Dalam entry ini hanyalah sekadar pendapat saya yang berpandukan kepada ustaz serta murobbi saya. 

Namun segala perbuatan kita perlulah diiringi dengan syariat dan keislaman. Barulah layak dapat certification Bakal Ahli Syurga! That's why nak upload gambar pung ada syarat-syaratnya. Ada tiga je pung.

___

3 syarat upload gambar.
Tutup Aurat
Tidak menaikkan Syahwat
Tidak timbul fitnah
___


Tutup Aurat
Aurat haruslah dilindung. Jangan menampakkan Aurat. Baju ketat dan apa-apa sahaja yang menampakkan bentuk tubuh badan walaupun sedikit bukanlah dikategorikan sebagai tutup aurat.

Tidak menaikkan Syahwat
Tidak melakukan aksi yang mengghairahkan seperti selfie yang over-over, buat muncung duck face ataupun yang sejenis dengannya. Jangan buat aksi pose yang comel-comel sehingga boleh menaikkan Syahwat manusia yang melihatnya, aksi yang boleh menyebabkan Zina Hati.

Tidak timbul fitnah
Jangan ambil gambar yang boleh menimbulkan fitnah. Contohnya seperti ambil gambar dengan berdua-duaan antara lelaki & perempuan. Walaupun ambil gambar dengan adik-beradik sendiri namun amat mudah untuk timbulnya fitnah. Ambil langkah berjaga-jaga agar kita ini fitnah-free

Molek lagi untuk untuk ambil gambar yang fitnah fitnah-free macam tiada gula dalam air teh bunga yang sugar-free.


Itu konsepnya, mudah sahaja bukan. Andai tiga imegresen itu kamu sudah lepas, maka dengan segala hormatnya untuk muat naik gambar kamu!

'Alahai, boleh je upload gambar kat alam maya. Bunyi macam tak boleh je. Boleh lah upload gambar banyak-banyak. Yeayy!'

Sabaq sat noh. Memanglah boleh, cuma mengapa saya kata Muka Buku sepatutnya tiada Muka Kamu? Sepatutnya ini bermaksud lebih elok untuk melakukan sesuatu perkara tersebut atau lebih tepat lagi untuk melakukan sesuatu perkara itu berbanding pilihan yang lain. Andai ada dua pilihan, maka buatlah yang paling utama antara salah satu.

'Saya dah lakukan segala tiga syarat itu, so no excuse. Sepatutnya atau tidak, I don't care. Saya nak juga upload gambar. Yeayy!'

Ya benar, kamu dah buat tiga syarat untuk upload gambar. Tentang istilah 'sepatutnya tidak upload gambar', saya akan beri konsep mengapa sepatutnya untuk tidak dilakukan perkara tersebut. Saya akan hamparkan beberapa konsep yang dipenuhi dengan kefahaman inshaaAllah!


Terlalu indah untuk didedah.
Hanya kerna kamu yang cukup indah, untuk didedahkan secara mudah.

Buka timeline Facebook, nampak muka kamu.
Buka timeline Twitter, nampak muka kamu.

Kamu indah seperti kata Nabi Muhammad, kalian ialah hiasan dunia. Err, ada ke hiasan yang tidak indah? Kalau tidak indah, maka tidak layak untuk dipanggil hiasan. Maka kalian sangat indah!

Ada ke hiasan berterabur dan berselerak? Sangat tidak logik kerana benda-benda yang indah dan mahal selalunya dijaga rapi, tiada istilah 'dedah sana, dedah sini. selerak sana, selerak sini.' untuk perhiasan mahal.

Andai rasa mahal, janganlah dedah. Kerana dirimu begitu berharga (tagline loreal)

Kamu punya harga, kamu bukan percuma!
Andai gula-gula perisa strawberi punya harga, mana mungkin wanita diiktiraf Nabi tiada harga!? Wah, kamu sudah diiktiraf Nabi Muhamad melalui hadis baginda yang suci, expensive itu sudah tentu confirm memang ada dalam diri kamu.

Konklusinya, kamu punya harga, bukannya percuma. Maka yang mampu membelimu hanyalah lelaki yang mengucap akad nikah. Apakah kamu ingin berkongsi keindahan dirimu dengan para lelaki yang belambak-lambak di alam maya secara percuma?

Tidak perlulah rasanya, wajah indah itu biarlah untuk yang memberimu mahar, mas kahwin. Ingat, jadikanlah suami kamu itu special edition. 

Keindahanmu hanya untuk mereka yang sepatutnya!

Fitnah itu kamu.
Saya mulakan dengan sepotong hadis noh:


Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita
Riwayat Bukhari dan Muslim

Benar, kamu fitnah. Apa yang saya boleh kaitkan frasa 'fitnah' dengan wanita ialah diri kamu sendiri. Wajah kamu, badan kamu, suara kamu, pandangan lirikan mata kamu dan segalanya pasal kamu ialah fitnah,

Ya, setiap inci tubuh badan kamu ialah indah di mata lelaki. Segalanya yang asalnya daripada kamu indah belaka.

Bukan hendak diskriminasi jantina. Namun itulah hakikatnya.

Wajah kamu, buatlah muka biasa-biasa, muka blur dan sebagainya, walapun sekadar senyuman biasa yang tiada unsur kegedikan dan over dalam gambar kamu, tetap menjadi fitnah yang indah.

Maaf, namun itulah kamu di mata seorang lelaki.

Maslahat Ummah.
Wah. Lagu mana itu sehinggakan menjadi maslahat Ummah? Besar sangatkah isu upload gambar ini!?

Berbicara mengenai makluk Allah yang bernama lelaki ini...

Walaupun perempuan bertudung sempurna mereka boleh nak naik syahwat. Walaupun perempuan berpurdah pun mereka boleh nak naik syahwat. Lebih parah, walaupun perempuan dah tutup badan mereka dengan guni beras, buat dua lubang untuk mata pun lelaki boleh naik syahwat.

Setiap inci tubuh badan wanita indah di mata lelaki. Well said.

Berjaya lakukan 3 syarat upload gambar. namun kamu masih berkeras sekeras berlian untuk upload gambar, maka buatlah!

Cuma, 

Kalau kamu sayang para lelaki Umat Nabi Muhammad, janganlah upload gambar. Bantulah mereka yang sedang merangkak menjadi soleh ini untuk jaga pandangan. 

Kalau pandangan dah dihiasi indah dengan fitnah, sudah tentu akan memberi kesan iaitu merabakkan hati. Apabila hati sudah punah, maka 'kebaboom' lah segalanya terutamanya iman di hati.

Bantulah lelaki untuk menjaga pandangan dan jaga hati. Di sinilah datangnya maslahatnya. 


Sekian sahaja untuk penerangan konsep.

'Ini tidak adil. Mengapa kami sahaja yang perlu mendapat waran 'tidak sepatutnya upload'. Mengapa kaum Adam tidak!?'

Bagi saya, saya amat bersetuju dengan konsep 'perempuan = 1 akal 9 nafsu & lelaki = 9 akal 1 nafsu'

Perempuan nafsu tidaklah tertumpu sepertimana lelaki yang nafsunya hanyalah 1 iaitu hanya tertumpu pada perempuan sahaja. Benda yang menjadi tumpuan sudah tentu ada pressure yang kuat kepadanya, sebab itulah sumber utama itu perlulah dijaga molek.

Pernah dengar kes perempuan rogol lelaki? Sudah tentu tidak. Yang sentiasa menjadi topik di dada akhbar hanyalah lelaki rogol perempuan.

Mudah, sebab itulah saya mengeluarkan waran 'tidak sepatutnya upload' kepada para wanita sahaja.

Oh, ada satu kata-kata bagi muslimat akhawat yang berhujah mengatakan mereka upload gambar mereka untuk dakwah (upload gambar berpurdah dengan lirikan mata yang manja, memegang kertas bermesej dakwah sambil menayangkan wajah yang tersenyum indah dan segala aksi yang sejenis dengannya)

'Tidaklah dipandang dakwahmu itu, tetapi mereka (lelaki) hanya fokus kepada diri kamu. Dakwah dikukus, pendakwah difokus. Akhirnya dakwah kamu itu bukannya membina Ummah, tetapi sedikit sebanyak merobohkan Ummah (lelaki).'

Oh lagi sekali, ada satu juga kata-kata yang tidak upload gambar muka, tetapi hanya upload gambar tangan, kaki (stokin), mata (purdah), badan sahaja dan mana-mana sahaja anggota daripada tubuh badannya.

'Setiap inci tubuh badan wanita ialah indah di mata lelaki. Kalau nak juga upload gambar, upload gambar stokin sahaja ataupun hanya kain purdah itu sahaja tanpa melibatkan mana-mana inci tubuh badan kamu.'


Wahai Akhawat sekalian,

Bagi yang sudah terlajak upload gambar yang sudah beribu-ribu, berjuta-juta, berzillion-zillion gambar kat Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya…

Saya tidak harapkan kamu delete gambar tu semuanya terus. Tinggalah beberapa gambar dahulu.
Rasa sayang nak kehilangan gambar comei-comei tu save laa dulu dalam pendrive atau mana-mana.


Ada 1000 gambar? tinggalkanlah 500 gambar. Andai sudah dah ada kekuatan, jadikanlah 250 gambar. Kalau tiba-tiba rasa dapat extra life, jadikan lah 125 gambar. Sehinggalah tinggal beberapa gambar yang tersadai kat alam maya. Akhirnya, kering kontanglah dengan tiada langsung gambar kamu di alam maya.


Untuk rasa lebih manis, kamu set dalam hati kamu. Jadikan sebagai heart-set, bukan sekadar mind-set:

1. Wajah aku special edition untuk hanya suamiku. Bukannya macam pelastik pembalut Choclairs yang ada merata kat merata tempat.
2. Wajahku bukannya free-free untuk public view. Nak tengok? Jumpa wali aku dan ada akad nikah baru boleh.
3. Wajahku punya harga, harganya hanya kesolehan bakal Suamiku.

Wahai wanita seluruh dunia, Nabi kata kalian ialah perhiasan. Perhiasan dunia.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah
HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad

Itu ialah pengiktirafan khas daripada Nabi Muhammad untuk sekalian wanita.

Wanita yang solehah ialah seperti batu berlian petala ke-7 bumi. Sungguh, saya tak pernah lagi tengok batu berlian petala ke-7 bumi dilempar sembarangan. Bertaburan di tepi jalanan.

Bagi saya, tiada perempuan yang tak cantik. Semua cantik. Tapi yang dilihat bukannya cantik paras rupa, tapi cantik akhlak lebih utama.

Bagi saya, tiada muslimat yang tak solehah. Semua solehah, Tapi yang saya lihat ramai yang solehah yang biasa-biasa. Terlalu mainstream! Jadilah muslimat yang solehah di tahap yang seterusnya. Sentiasa merasakan diri itu memerlukan upgrade solehah dalam diri.

Maka solehah sepatutnya menjadi sasaran, bukannya kosmetik yang menjadikan wajah cantik yang plastik.

Wahai batu berlian petala ke-7 bumi, Jagalah apa yang patut dijaga. Tutuplah apa yang patut ditutup. Labuhlah apa yang patut dilabuh. Solehkanlah mana yang patut disoleh.

Sesungguhnya kamu yang akan kasi padat Syurga kelak dengan gelaran Bidadari Syurga. Bukan setakat Bidadari Syurga, tetapi Big Boss Bidadari Syurga. Benar, kalian ialah penghulu kepada segala Bidadari, hanya kalian menjadi permata pilihan oleh suami kalian.

Bidadari? Nah. | Klik Sini | Ini sangat direkomen untuk kamu baca. 

The heart of the matter, jihad kamu untuk tidak upload gambar ialah kerana kamu mahu bantu membina Ummah. Benar, Ummah kita ini sudah tenat, atleast kamu ada contribution dalam pembinaannya semula. 

Tahniah, kerana menjadi penyumbang dalam pembinaan Ummah kita!

___

Soalan: Muka Buku sepatutnya tiada Muka Kamu. Setuju?

___

Nota kaki.
Artikel ini ada dalam buku #Henshin, untuk tahu apa itu buku #Henshin... Moh ler beli ramai-ramai! >.<

7 comments:

  1. Setuju sangat. Wanita perlu berlumba-lumba menjadi solehah, bukan tolehah..

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula bagi perempuan bertudung yang upload gmbr mereka semasa kecil (menampakkan aurat)?

    ReplyDelete
  3. Kalau upload gambar beramai-ramai boleh ke? Atau ada syarat yg tersendiri utk upload gambar beramai-ramai? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  4. Kalau orang lain yang meng'upload' gambar, macam mana?

    ReplyDelete
  5. Muka buku sepatutnya tiada muka kamu.muka buku sepatutnya ada gambo buku !!! :D

    ReplyDelete
  6. Tapi kawan2 suka upload gambar kita tanpa minta izin.

    ReplyDelete