Fullstopisme : Crush


---
Pengenalan.

Ini ialah segmen "Fullstopisme"

Fullstopisme ialah satu segmen yang saya reka sebagai satu perkongsian idea-idea dalam kaedah bagaimana ingin berhenti secara permanent dalam membuat satu perkara. 


Full = Penuh.
Stop = Henti.
Fullstopisme = Gejala berhenti yang penuh,


Fullstopisme ini ruang untuk saya kasi buah idea saya dalam usaha untuk mencapai Fullstopisme dalam berjahilah dan bermaksiat khususnya.

Tercipta mangga sudah tentu adanya anak kunci untuk membukanya seperti itu juga setiap masalah sudah tentu Allah ada cipta penyelesaiannya. 

InshaaAllah ada penyelesaian bagi setiap masalah. Sebab itulah saya cipta segmen Fullstopisme.

Segmen Fullstopisme ikut tema. Contoh untuk entry Fullstopisme yang ini, tajuk Crush. 

Oleh itu, dalam segmen ini saya akan terangkan kaedah Fullstopisme dalam ber-crush dalam erti kata yang lain, cara untuk berhenti secara permanent dalam ber-crush.

Untuk entry Fullstopisme yang lain, tekan link di bawah:
Fullstopisme Couple

Moga bermanfaat! =D

---


Fullstopisme Crush


Crush. Apa yang anda faham mengenai crush?

Mengapa crush perlu dalam senarai Fullstopisme? Apakah crush ini satu kesalahan, satu dosa maksiat sehinggakan perlu dikenakan usaha untuk menghentikannya dan menghalaukannya daripada kehidupan seharian kita?

Ada yang faham crush itu seperti...

1. Minat kepada artis-artis tempatan mahupun luar negara. Artis yang lagho-lagha ataupun yang islamik seperti Neelofa, Hafiz Hamidun, Maher Zain dan Aiman Al-Banna. Eh.

Artis luar negara ialah seperti seorang jejaka kacak K-Pop bernama Mee Hun Sup. Err, ada ka? Hehe maaf sebab saya tak tau nama artis Korea.

2. Minat kepada kawan-kawan sama institusi. Kawan yang sama kelas, sama kuliah dan kesamaan serta keserasian yang lain-lain.

Member sekelas yang handsome, cantik, pandai, lemah lembut sopan, islamik dan banyak lagi aspek yang menjadi faktor menjadi crush.

3. Suka kepada anak hamster jiran sebelah. 

4. Banyak lagi kefahaman yang lain mengenai crush.

Saya akan beri kefahaman kepada anda apakah itu crush berdasarkan kepada kefahaman saya sendiri. Kefahaman saya berdasarkan apa yang dapat saya garap daripada atmosphera kehidupan sekeliling saya. Dalam kamus definisi saya mengenai crush ialah:-

Crush = Satu perasaan suka yang berlebih-lebihan kepada seseorang individu.
Meh saya kasi penjelasan yang sepenuhnya berkenaan definisi crush itu:-

Crush ini melibatkan perasaan. Perasaan suka yang menjadi fitrah kepada manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Siapa yang tidak ada perasaan suka mohon tukar kepada spesis makhluk lain selain manusia. Eh jap, makhluk binatang pun ada perasaan suka, tumbuhan pun ada perasaan. Seperti yang saya katakan, perasaan suka & minat itu ialah fitrah, semua makhluk Allah ada.

Mark my word, perasaan suka itu fitrah

Tapi bagaimana dengan istilah 'yang berlebih-lebihan' itu? Saya berikan anda analogi:-
Makan itu fitrah. Minum itu fitrah. Tidur itu fitrah. 
Satu dunia memberi jaminan bahawa ketiga-tiga perkara itu fitrah. Kalau tak makan, minum dan tidur kita jadi apa? So memang diperlukan pun. Antara fitrah yang memang ada dalam diri manusia ialah seperti perasaan marah dan sedih.

Tetapi bagaimana sekiranya makan, minum dan tidur itu berlebih-lebihan?

Makan berlebihan? Maka kegemukan dan obesitilah anda.
Minum berlebihan? Maka kembunglah perut anda dengan air.
Tidur berlebihan? Maka anda akan mengalami kemurungan.

Lihat.

Banyak sangat keburukan dan implikasi apabila berlebih-lebihan, maka secara tidak langsung dapat difahami bahawa apa-apa sahaja yang dilakukan berlebih-lebihan akan kasi keburukan.

Perasaan suka memang diperlukan, namun apabila berlebih-lebihan itu bagaimana?

Secara mudahnya perbuatan suka berlebih-lebihan itu ialah mereka yang jenis kemaruk, sehinggakan hendak satu dunia tahu mengenai crush-nya melalui laman sosialnya di alam maya. Selalunya crushnya itu artis yang bertaraf international. K-Pop lah secara mudahnya.

Crush dengan K-Pop, artis-artis ialah sesuatu yang mainstream. Benda yang globally orang buat kan?

Adapun ada juga jenis crush yang tidak diketahui oleh orang-orang biasa (kawan meja sebelah, jiran, mak cik kantin, pak cik cleaner). Hanya member rapat dan yang terpercaya sahaja yang tahu. Selalunya crushnya ialah member yang berdekatan.

Contoh suka yang berlebih-lebihan:-

1. Sentiasa update info mengenai orang yang kita crush itu.
2. Sentiasa ingin melihat-lihat dan mendengar-dengar apa-apa sahaja yang bersumberkan dia.
3. Sanggup lakukan apa-apa sahaja demi crush.
4. Sentiasa menyebut-sebut nama dia, sering topik perbualan.
5. Tukar profile picture dan cover photo yang bertemakan crush kita.
5. dan lain-lain lagi perbuatan yang berlebih-lebihan dalam suka.

Biasanya crush-crush ini disebabkan oleh wajah crush tersebut yang kacak lawa cantik. Adapun sebab yang lain seperti keunikan perangai yang menepati cita rasa, acewah! Macam dalam filem-filem, ada adegan yang buat seseorang terpikat seperti Spiderman selamatkan Mary Jane daripada bahaya, sebab itulah Mary Jane suka Spider-man. Gituhh!


Baiklah, rasanya anda sudah faham sejelas-jelasnya dengan definisi saya tentang crush. Crush itu ialah berlebih-lebihan dalam suka akan seseorang. Suka dengan sama jantina, ataupun berlainan. Suka dengan orang yang berdekatan ataupun berjauhan.

Jadi apa kes dengan crush-crush ni? Maksiat sangat ke sehinggakan perlu untuk dikenakan Fullstopisme? Mengapa perlu untuk tidak ber-crush?

Apa hukum ber-crush?

Bukan wajib.
Bukan harus.
Bukan makruh.
Dan bukan sunat.

So jawapannya Haram. Benar, hukumnya haram. Haram kerana apa?

Let me get this thing clear, crush itu ialah apabila kita suka sesuatu makhluk itu dengan sebenar-benar suka. Perasaan suka yang menyebabkan ada tindakan seperti sering teringat-ingat, sering tersebut-sebut mengenai crush.

Sebab mengapa crush haram ialah:


Zina hati.

Jangan bohong kalau kamu kata kamu tiada sekelumit pun rasa zina hati bila berawang-awangan mimikirkan crush.

Zina hati hukumnya Haram! Sebab itulah ber-crush ini haram. Tahu tidak apa itu zina hati? MashaAllah.

Equation mudah macam ni la, Zina Hati = Ada Syahwat

Zina Hati ni macam kita membayangkan sesuatu yang haram untuk kita lakukan dengan seseorang.
Contohnya macam:
-membayangkan kita berjalan kat taman sambil berpegang tangan dengan seseorang. Padahal hukum pegang tangan bukan mahram hukumnya HARAM
-membayangkan kita melakukan seks dengan seseorang. Padahal hukumnya HARAM melakukan seks ajnabi

Conclusion: Apa-apa sahaja yang terlintas dalam hati kita seperti memikirkan perkara yang pada asalnya haram dilakukan di alam realiti, maka hukumnya ialah Zina Hati. Zina Hati hukumnya haram selama-lamanya.

So dah fahamkan Zina Hati tu lagu mana?

Bila kamu ber-crush, mesti kamu ada terbayangkan kamu berkahwin, berjala kat taman bersama, makan candle light dinner bersama, berborak sama-sama dengan penuh bahagia dan gembira.

Mesti ada kan? Itu namanya Zina Hati. Sebab itu haram!


Penghalang mendapat Syafaat.

Wah. Ini memang sentimen gila. Tidak dapat Syafaat Nabi Muhammad di padang mahsyar kelak. Mengapa sampai begitu sekali? Kalau tidak mendapatkan Syafaat daripada Nabi Muhammad, maka mahu minta dengan siapa?

"Woi Aiman, kau ni memandai je kan? Poyo lah kau!"

Chill. Saya kai kamu sepotong kalam suci daripada mulut junjungan kita, Nabi Muhammad. Hadis Nabi Muhammad:
 "Awak bersama dengan orang yang awak cintai di akhirat."
Potongan hadis ini bermaksud kamu bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat kelak. Kamu akan bersama dengan orang yang berada di ranking #1 dalam carta hati kamu. Orang yang paling menjadi prioriti kamu untuk mendapatkan cinta kasih sayang kamu.

Selalunya orang yang berada di ranking #1 dalam carta hati kita akan selalu menjadi sebutan kita, akan selalu menjadi bualan kita, akan selalu menjadi ingatan kita. Kita akan suka makhluk bertuah yang berada di ranking #1 itu secara lebih-lebihan.

Definisi Crush tadi apa ya?
Crush = Satu perasaan suka yang berlebih-lebihan kepada seseorang individu.
Maka kamu bersamalah dengan orang yang kamu suka berlebih-lebihan itu di akhirat kelak, minta Syafaat dengan crush kamu itu!

Lagi sedih hakikat ber-crush ini ialah, kamu syok sendiri sebenarnya. Para artis pujaan junjungan kalian itu tidak tahu pun kalian wujud, tak tahu pun kalian ini ada dalam senarai kewujudan makhluk manusia. Mereka hanya harapkan sokongan dan penambahan bilangan followers ja. Kata-kata seperti: "Aku sayang peminat aku semua.", "Aku sayang u olls". Itu semua plastik! itu semua polystrine. PALSU!

Tahu tak ada seseorang yang ketika kamu belum lahir lagi, kamu belum wujud atas muka bumi ini, dia sudah rindu. Dia sudah mendoakan kamu. Dia sudah menangis agar kamu tidak masuk neraka, supaya kamu masuk Syurga. Sepanjang hidupnya dipenuhi rasa rindu akan kamu, dipenuhi juga dengan doa agar kamu selamat di alam akhirat yang penuh dengan ketakutan dan kengerian.

Dia berdoa, dia rindu kamu. Crush kamu itu buat apa kat kamu?

Zalimnya kita kepada nabi Muhammad. Dia rindu kita, kita buat dek. Jual mahal kat baginda. Nanti kita juga yang hendakkan syafaat Nabi Muhammad kat akhirat kelak.

Jual mahal sangat ye? You get what you give. Faham?

Baiklah. Pada tahap penerangan saya setakat yang ini, saya yakin anda yang ingin Fullstopisme sudah faham mengenai apakah itu crush dengan sebenar-benar kefahaman. InshaaAllah.

Kita terus kepada Fullstopisme Crush:

Fullstopisme Crush #1

Andai anda sudah baca ke peringkat ini, saya yakin anda ingin tidak ber-crush. that's good mashaAllah. Sebenarnya Fullstopisme untuk crush ini tiada banyak pun. Satu je. Banyak je tapi biarlah satu ini berkualiti punya cara InshaaAllah.

Caranya ialah :- Ber-crush dengan Muhammad bin Abdullah.

Easy. Jadikan crush kamu menjadi Nabi Muhammad. Biarkan baginda sahaja yang bertakhta di takhta hati kamu. Biarkan baginda menjadi ranking #1 di hati kamu.

Bagaimana hendak jadikan Nabi Muhammad ranking #1 di hati kita? Banyakkanlah baca sirah Nabi Muhammad. Banyakkan ambil tahu mengenai kesempurnaan Nabi Muhammad.

Kalau kamu kata kamu suka kepada artis-artis yang kacak lawa cantik, kamu perlu tahu bahawa Nabi Muhammad ialah seorang jejaka yang sangat kacak!

Seperti yang kita tahu, Nabi Yusuf speciality baginda ialah dengan kekacakannya yang amat. Ke-handsome-an yang superb, sehinggakan perempuan-perempuan yang sedang melihat baginda tidak sedar bahawa mereka telah terpotong jari. Ouch sakit! Tapi sakit tersebut tidak terasa langsung kerana terlalu terpesona dengan kekacakan Nabi Yusuf.

Nabi Yusuf sangat handsome, tapi kekacakan yang amat itu hanyalah satu per empat kepada kekacakan Nabi Muhammad. Faham dak?

Jap. Tahu tak buah delima? Kita potong jadi empat bahagian. So ada empat bahagian buah delima hasil potongan daripada sebuah buah delima. Nisbah kekacakan Nabi Yusuf dengan kekacakan Nabi Muhammad ialah seperti 1 bahagian buah delima daripada 4 bahagian buah delima itu tadi. MashaAllah!

Nabi Muhammad sangat kacak. Teramat sangat kacak. Kumpulkan semua kekacakan lelaki yang ada di dunia menyamai kekacakan Nabi Muhammad.

Nak katanya kekacakan ex-crush kamu yang kacak lawa cantik itu itu tidak setanding dengan Nabi Muhammad pun. Nisbahnya seperti kecilnya cucu semut hitam kat dapur rumah kamu dengan besar bapak gajah di zoo negara. Kekacakan Nabi Muhammad tiada tandingan! 

Sudah jatuh cinta dengan Nabi Muhammad? Sudah crush dengan baginda?

Jadi ini antara kehebatan Nabi Muhammad. Ramai tak tahu. Mengapa ramai tak tahu? Sebab malas baca, Kalau kamu ingin menambahkan nilai kejatuhan cinta kamu itu, maka belilah buku ataupun rajinkan baca mengenai Nabi Muhammad. Antaranya kitab Syamail Muhammadiah. Banyak je jual kat kedai buku.

Antara cara lain yang mudah untuk kita ber-crush dengan Nabi Muhammad ialah dengan baca sirah, ini antara sirah yang saya tulis secara kontemporari, baca deh!


Please. Give it a try untuk baca sirah Nabi and buatkan Nabi Muhammad crush kamu. Bacalah dan sayangilah baginda, moga Allah redha.

Mungkin ada yang pelik, mengapa cinta Nabi Muhammad ja? Tak cinta Allah ke?

Allah kata:
katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, maka Allah akan mencintai kamu

Haaa. kalau kamu dah jadikan Nabi Muhammad crush kamu, maka Allah akan jadikan kamu crush kepada Allah. Wah! Kalau kita jadi crush kepada Allah, bermaksud apa yang akan kita dapat?

Moga Syurga Allah untuk kita yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai crush.
Moga Syurga Allah untuk kita yang meninggalkan crush-crush yang lagha.
Moga syurga Allah untuk kita yang meninggalkan jahiliah demi Nabi Muhammad.

Ameen ya Allah!

Kita tinggalkan jahiliah kita iaitu menzalimi Nabi Muhammad demi mendapatkan keredhaan Allah. Mengapa saya kata zalim? Sebab kita tidak meletakkan Nabi Muhammad di tempat yang sebenarnya, di tempat yang sepatutnya.

Nabi Muhammad sepatutnya berada di ranking #1 carta hati kita. Ingat itu sokmo deh! Nabi Muhammad is our crush start from this moment, 100% crushed!

Moga Allah redha,
Nabi Muhammad suka.

#fullstopisme #crush

30 comments:

  1. Astaghfirullah.. Baru sedar diri ini lagha :/

    ReplyDelete
  2. InshaaAllah..bercrush dengan Rasullullah s.a.w

    ReplyDelete
  3. Salam akh, ada tak buku sirah style bercerita? Minta recommend sikit. Saya kurang sikit bab2 membaca ni, jadi nk cuba sikit2 dulu. Jazakallahu khair atas perkonsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer baca buku sirah karya Abdul Latip Talib.. jenis fiksyen.

      Delete
  4. astaghfirullahal'azim T.T moga Allah ampunkan kita semua aamin

    ReplyDelete
  5. Perkongsian ilmu yang bagus . deep ~

    ReplyDelete
  6. Mcm mana pula jika prasaan suka itu yg mmbuatkn sseorng tu bnyak brubh ke arh kbaikan...ad kah hjrah yg dlakuknnya x ikhlas????tlng bri pnjelasan tntang situasi ni yer~

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah~~Dapat tambah ilmu bagi diri saya yang jahil ni..Hehehe..Terima kasih sesangat! :)

    ReplyDelete
  8. masyaAllah . pengisian yg sangat mantop ! syukran . moga Allah redha

    ReplyDelete
  9. thanks atas pringatan.. Allahu ����

    ReplyDelete
  10. Mahon salin simpan yé?

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah menaikkan darjat orng yg sudi kongsi ilmu ini..

    ReplyDelete
  12. Saya betul-betul dapat pengisiannya... Sayalah kadang-kadang leka sangat..

    ReplyDelete
  13. Baru sedar diri nii...selama ni buat list plak crush ... Ya Allah aq buat dose free jee...

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang baik . Semoga Allah merahmatimu ya akhi .

    ReplyDelete
  15. Astaghfirullah......
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  16. Subahanallah, saya tidak tahu pun hukum crush ni yang sebenarnya.. :( Harap Allah ampunkan segalanya.. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini ! :D

    ReplyDelete
  17. Thanks aiman! Tp nak tanya, bukan ke kekacakan yusuf melebihi Baginda SAW? Maksud saya spt yg aiman ckp pasal buah delima tu... tp opposite lah. Err faham tak? Sbb saya pernah dgr jugak drpd badar sekolah, tp opposite dgn ape yg aiman cerita lah. Ilmu sikit sgt nak dibandingkan dgn ilmu yg Allah kurniakan kat Aiman, sbb tu saya tanya xD terima kasih Aiman! #tanyaje #janganbash

    ReplyDelete
  18. terima kasih. moga pahala awk sentiasa berjalan selagi mana apa yang awk share ni di share kan dengan org lain pulak.
    Masya Allah.. sy pun terkadang terlalu seronok bercrush.. kebanyakannya pikir crush x Haram sbb bukan COUPLE. padahal, di sebalik tu..... ASTAGHFIRULLAH...
    terima kasih sekali lagi....

    ReplyDelete
  19. Ya Allah. Nk nangis msa baca.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum .. mohon share ☺

    ReplyDelete
  21. kalau kenal akhi sebelum habis skola mesti dh dpt kongs ilmu2 ni

    ReplyDelete
  22. Allahu . Now baru sedar . Thanks for the info . Saya share .

    ReplyDelete
  23. terima kasih di atas peringatan yang diberikan. nak share tau. : )

    ReplyDelete
  24. nangis dah. air mata akhirnya jatuh ! ALLAH ... alhamdulillah. terima kasih ustazAiman.. mohon copy utk peringatan diri selalu, yg sering tersungkur d lembah crush ! even tak luah perasaan, tp lalaikan diri. terima kasih

    ReplyDelete
  25. aiman mashaAllah u are the best. ive read half of your blogs mashaAllah u opened my blinded heart thank u so much! still rmmbr a week ago, i went to Dewan Bahasa dan Pustaka for a theater thingy then there was a guy sat in front of me. i saw he was reading #Henshin till then i started to google and then read your blogs almost every night. keep sharing i need it.

    ReplyDelete
  26. saya pelajar sekolah ( jawatan badar )..izinkan saya ambil entry ini untuk beri tazkirah di sekolah saya..terima kasih

    ReplyDelete