Pesanan Harapan.



Pesan ini bukannya daripada saya yang recehan, namun ini Pesanan Harapan daripada Tuhan. 

Saya menukilkan pesanan harapan ini dalam bentuk penulisan yang marhaen ini demi Allah semata-mata.  Kalau Allah tidak minta pesanan ini disampaikan, maka saya akan terus berdiam. Diam tanpa sepatah kata, mulut terkunci dan mengharamkan jari ini untuk terus menari menaip pesanan ini.

Pesanan harapan Allah itu saya letak di penghujung penulisan ini manakala di permulaan awal penulisan ini, saya mewakili suara hati kita yang banyak persoalan berdasarkan pengalaman saya (kalau sama lah). Kemudian saya beri jawapan dari jantung hati saya untuk menjawab segala persoalan itu berdasarkan pengalaman hidup sendiri.

Penulisan ini, kerana Allah semata-mata inshaaAllah. Baca dengan hati, semoga tersemat ketat dalam jantung hati kalian.

___


Kisah kita dan jahiliah,

Ketika iman turun, ketika itulah semua jenis dan genre dosa maksiat kita nak pulun. Istilahnya kalau disenaraikan seluruh dosa yang wujud atas muka planet bumi, semuanya kita dah cuba. Dosa yang berjuta kita dah tackle. Hebat ke tak pemaksiat macam kita ini?

Ketika kita lupa Tuhan, ketika itulah kita rasa kita Tuhan. Kitalah yang menetapkan halal dan haram sesuatu itu ikut suka kita. Iya lah sebab kita sudah rasa kita Tuhan, jadi seluruh alam semesta ini kita punya. Jadi segalanya akan ikut suka kita. Yang kita benci tolak tepi, yang kita suka sentiasa bersama.

Hasilnya, kita dalam jahiliah. Kita bergembira dalam berjahiliah.

Bohonglah kalau kita kata berjahiliah tidak seronok. Sangat seronok dan syok. Memanglah kalau nak guna kaca mata islamik kita akan kata berjahiliah ni set-set ahli neraka ja, tapi dalam kes ini kita  'berterima kasih' kepada Syaitan kerana berjaya buat kita lihat perjalanan ke Neraka itu indah dan bahagia. Cis.

Kita nak berubah dan kita dah berubah.
 . 
Kita tak nak curang, kita nak Allah sayang. 
Kita nak  Allah dekat, tak nak dah khianat.
Kita nak Allah di sisi, kita tak nak Allah benci.

Dan keputusan untuk berubah sudah kita ambil. Kita memang tekad untuk berubah dan berhijrah. Kita usaha dengan sebaik-baik usaha. Ketika itu, cinta Allah menjadi prioriti, cinta lain tolak tepi. Cinta Allah selamanya utama, cinta lain hanya pandang sebelah mata.
Kita pernah bergembira dalam berjahiliah, dan sekarang kita berbahagia dalam berhidayah.
Walaupun "gembira" berjahiliah, namun "bahagia" berhidayah tersangatlah berjuta syoknya.  Kita tahu bahawa ada beza frasa "gembira" dan "bahagia", dan hidup dalam hidayah selayaknya guna frasa bahagia manakala hidup dalam jahiliah pula lebih layak digunakan frasa gembira. Kerana bahagia itu semestinya gembira namun gembira tidak semestinya bahagia.

Saat ini, kita dah mula sayang Allah. Semua apa yang Allah minta buat, kita buat. Semua yang Allah suruh tinggalkan, kita terus blacklistkan segala larangan tersebut. Kita buat sebab kita nak Allah sayang, sebab nak Allah cinta kita. 

Benar, sangat bahagia dalam hidayah berbanding dalam gembira jahiliah. Dan di peringkat manifestasi cinta kita kepada Allah yang sangat banyak, kita sangat yakin yang kita dah cinta Allah sedalam-dalam jantung hati kita. 

Kita manusia, buat dosa itu biasa.

Kan? Kita manusia biasa yang berdosa. 

Kita bukannya malaikat yang iman tiada turun tiada tingkat. Iman kita hobinya turun dan meningkatnya sekali setahun. Kita bukannya Nabi yang sentiasa menjadi kesayangan & kecintaan Ilahi, kita cuma hamba yang sentiasa buat apa yang Ilahi benci.

Kita dan dosa berpisah tiada. Yep, itu kita.

Dan sebab kita bukan malaikat lah kita sentiasa bermaksiat. Kalau ada borang yang perlu diisi ruang untuk hobi maka sepadannya kita letak: "bermaksiat" kerana itulah yang selalu kita buat,  Disebabkan kita bukan Nabi lah yang membuatkan kita sentiasa lupa dan abai Ilahi. Antara formula add math dan tuhan, kita rasa kita selalu lupakan pilihan kedua.

Semua ini menjadikan kita hamba Allah yang berjahiliah setelah berhidayah.

Jadi, apakah Allah masih terima cinta kita? Setelah kita janjikan cinta setia, kita curang dan terus curang. Segala janji indah hanyalah fatamorgana. Semua manis pada awalnya dan akhirnya kecundang. Segala apa yang kita buat kepada Allah, itulah definisi curang yang paling tepat,

Sekarang, kita banyak dosa. Pahala?

Nisbah pahala dan dosa jangan kata. Perbandingan langit dan bumi pun tak dapat nak menjelaskan nisbah perbezaan dua itu. Dosa banyak pahala tidak, jadi apakah bagi kita Neraka!? Ini menjadi persoalan di minda.

Dan sekarang...

Kita dah buat manifestasi cinta yang berjuta macam untuk bercinta dengan Ilahi, kita sudah pun tinggalkan jahiliah dan berhidayah semata-mata demi Allah. tapi... ada beberapa 'kenapa' yang berbolak balik dalam jantung hati kita...

Kenapa, dan kenapa?

Kenapa satu dunia masih tidak terima kita? Kenapa kisah jahiliah yang sudah jadi sejarah sahaja yang mereka lihat? Kita tahu kita yang dulu tiada beza dengan syaitan bahkan mungkin lebih parok daripada makhluk laknat itu, tapi mengapa jahiliah yang sejarah itu juga dilihat, kenapa bukan kita yang sekarang? Bukankah kita telah berubah? Jika benar Allah sayang, mengapa Allah tidak buatkan mereka semua sayang kita yang sekarang?

Bukan itu sahaja.

Kenapa manusia yang kita cinta menjauh daripada kita? Mengapa kawan yang setia dulunya kini menjadi bayangan sahaja? Kenapa keluarga yang dulunya cinta kita kini pandang kita hina? Jika benar Allah sayang, mengapa Allah buat mereka tidak sayang kita yang sekarang? 

Bukan itu sahaja.

Kenapa kita rasa kosong dalam percintaan ini? Kenapa solat kita hanyalah sekadar gerakan badan sahaja. Lima kali sehari, kita goyang badan lima minit, habis solat begitu sahaja. Tiada rasa sekelumit pun berinteraksi dengan Ilahi. Angkat tangan berdoa tapi hanyalah sekadar tuturan kata tanpa rasa. Apakah Dia tidak mahu jumpa kita?

Allah selalu cakap Allah maha pengasih, maha penyayang. Selalu sangat kan?

Kita tak nampak pun Allah kasih kita. Tak nampak pun Allah sayang kita. Padahal kita dah sayang Allah setelah curang. Padahal kita sudah tinggalkan jahiliah demi Allah. Kita dah mula cinta Allah dengan sebenar-benar definisi cinta. Kita nak dekat-dekat dengan Allah, tapi makin banyak pula yang menjauh...

"Semakin mendekat, maka semakin menjauh". Apakah ini definisi cinta Tuhan? 



___



Banyak persoalan yang berada di minda, namun itu semua itu tidak menjejaskan sikit pun kasih cinta Tuhan kepada kita.

Penulisan ini saya nukilkan dalam blog aimaanbanna.com kerana saya manusia yang pernah dalam berjahiliah dan keluar daripadanya kemudian masuk dalam kebahagian hidayah. Sumpah, bahagia tidak terkata!

Semua persoalan itu sudah pun dijawab Tuhan.

Semua persoalan di atas itu juga ialah persoalan saya suatu ketika dahulu. Kini saya sudah tahu dan saya nak awak tahu seperti apa yang saya tahu. Saya dapat jawapan ini bukan dengan berjumpa tuhan depan-depan, tidaklah saya ber-israk mikraj untuk mendapat segala jawapan persoalan ini. Tidak!

Jawapan ini daripada Tuhan untuk hamba-Nya yang tercinta...


Kita tanya, banyak dosa maka neraka?

Jika awak tanya saya, apakah selayaknya untuk awak Syurga jika awak banyak dosa. Dosa awak banyak dan awak akui sendiri. Awak kenal diri awak melebihi orang tahu mengenai diri awak. Dan sekarang awak rasa awak sangat layak dengan Neraka... Jadi awak hendakkan jawapan saya?

Saya bukanlah malaikat penjaga Neraka.

Even malaikat penjaga Neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan neraka. Malaikat penjaga syurga pun tidak layak untuk membawa awak masuk dalam syurga. Apatah lagi saya yang tidak berjawatan malaikat, hanyalah berjawatan pemaksiat.

Tapi ada sahaja manusia yang kata awak ahli neraka sebab awak pernah berjahiliah dengan seburuk-buruk jahiliah. Tentang ini awak jangan sedih, sebab penentu Syurga Neraka awak bukannya manusia yang rasa tuhan. Mereka ialah manusia yang judge awak dengan pandangan luaran sahaja, dengan mudah kata awak Neraka. Dengan mudah juga mereka kata haram untuk awak Syurga.

Yang tentukan awak masuk Neraka ialah Sang Pencipta Neraka itu sendiri. Demikian juga Syurga.

Relaxlah, kita hidup bertuhankan Allah, bukannya manusia yang judgemental macam mereka. Bila awak tinggalkan jahiliah, Allah tidak akan pernah sekalipun pandang sejarah awak itu. Tidak!

Allah cipta kita maka Allah kenal kita bagaimana, Allah sayang kita dan sudah tentu Allah cinta kita. Mana mungkin Allah nak masukkan kita dalam neraka senang-senang macam itu ja?

Percayalah, sebanyak manapun dosa yang awak rasa awak dah buat dan masih buat, pintu Syurga masih terbuka. Sedikit mana pun pahala yang awak rasa pernah buat, pintu Neraka tidak terbuka untuk awak.

Allah tahu kita akan ketagih dengan dosa, sebab itulah Allah kasih dengan taubat kita.  Allah tahu, walaupun kita sudah membuat manifestasi cinta kita kepada-Nya, kita tetap akan kembali kepada jahilah semula. Seteguh mana kaki berdiri atas kesedaran hidayah, akan ada masa tersungkur jatuh dalam gaung jahiliah.

Buatlah dosa. Buatlah dosa sebanyak mana. Kerana ketika kita buat dosa, kita mabuk. Kita tidak sedar diri kita. Sedang kita mabuk dengan maksiat, Tuhan pun kita tidak ingat.

Dan bila awak kumpul segala dosa awak setinggi langit, awak rasa dosa itu sangat banyak. Banyak sangat untuk dihilangkan maka keputusan untuk terus bermaksiat terus awak ambil.

Iya lah kan, gila apa nak tebus dosa setinggi langit, lebih baik kita enjoy dengan dosa sebab dah confirm-confirm kita masuk neraka. Bukankah semua jenis dan genre dosa maksiat kita dah pulun? Istilahnya kalau disenaraikan seluruh dosa yang wujud atas muka planet bumi, semuanya kita dah cuba. Dosa yang berjuta kita dah tackle. Itulah kita.

So just enjoy dengan dosa dunia ini sebelum masuk neraka. Kan?

Tuhan tahu apa yang hati kita katakan sebab itulah Allah dah bagi jawapan. Sangat banyak jawapan yang Allah dah bagi, cuma saya pilih satu antara seribu jawapan Allah...

"Walaupun dosa awak sangat-sangat banyak, sehinggakan memenuhi ruang bumi setinggi langit, kemudian awak bertaubat. Saya ampunkan semua dosa itu dan saya tak kisah pun."

Allah tidak berdendam langsung. Dosa awak setinggi langit memenuhi ruang bumi sekalipun, dengan satu taubat, Allah ampun segala. Tanpa rasa sekelumit dendam pun.

"saya tak kisah pun."

Itu Allah kata kepada manusia yang semua dosa dah pulun. "Tak kisah pun." macam itu sahaja. Jadi kenapa kita perlu rasa dosa kita banyak kalau kita dah buat taubat dengan sebenar-benar taubat? Pahala kita tetap berkekalan tiada kurang dan setiap taubat membuatkan dosa kita kosong begitu sahaja. MashaAllah!

[berkenaan 'taubat sebenar-benar taubat', KLIK SINI!]

Keep calm and continue make taubat, and believe in Allah's love. Settle.




Apakah definisi Cinta bagi Tuhan?

"Semakin mendekat, maka semakin menjauh". Apakah ini definisi cinta Tuhan? 

Ini persoalan awak. 

Sebab awak lihat bila awak nak berhenti jahilah dan hendakkan hidayah, manusia masih melihat sejarah jahiliah awak. Tambah lagi manusia yang awak cinta menjauh daripada awak sejauh-jauhnya. Bukan itu sahaja, bahkan  masih awak rasakan hubungan pencintaan antara awak dan tuhan hanyalah cinta kosong yang tidak berbalas.

Kenapa banyak sangat kesusahan dalam mencintai Tuhan? Kenapa banyak sangat tribulasi dalam mendambakan cinta Ilahi? Kenapa perlu ada yang menjauh? Dan mengapa setiap kali kita merasakan cinta kita tepuk sebelah tangan sahaja?

Nak tahu definisi cinta Tuhan? 

Definisi cinta Tuhan ialah membawa makhluk yang Allah cinta itu masuk Syurganya dan haramkan nerakaNya sentuh kecintaannya.

Ini definisi cinta Tuhan dan tahniah kepada awak jika banyak ujian dan tribulasi yang awak hadapi! Semakin banyak ujian yang menimpa awak, semakin Allah sayang. Cinta Allah berganda kepada hambanya-Nya yang diduga. Kesusahan dan tribulasi ialah tanda awak sudah menjadi kesayangan Ilahi.

Nak tahu satu kisah, satu kisah manusia kesayangan & kecintaan Ilahi. Allah sangat-sangat sayang kepada makhluk dia yang itu. Cinta dengan sebenar-benar cinta. Kasih dengan sebenar-benar kasih!

Nama dia Muhammad bin Abdullah. 

Allah dah declare yang Allah sangat cinta dan kasih baginda. Nabi Muhammad ialah manusia yang paling Allah cinta atas muka bumi melebihi mana-mana makhluk.

Jom kita lihat, apakah benar Allah cinta kecintaan-Nya itu? Baca kisah sirah baginda yang saya nukilkan ini. Baca dengan mata dan juga mata hati noh!

---


Berani kacau brader nama Muhammad bin Abdullah?
Siapa sahaja yang berani buat apa-apa kepada Nabi Muhammad, maka perlulah dia face-to-face dengan Abu Thalib. Muhammad bin Abdullah ialah kecintaan dan kesayangan pak ciknya itu, jangan berani nak calar guris kulit baginda, nak sentuh pun kena fikir seribu kali!

Walaupun dengan wujudnya pelindung Nabi Muhammad itu, namun ada sahaja orang-orang besar Quraisy yang masih berani nak kacau-kacau Nabi. Namun setelah sampai berita Nabi Muhammad kena kacau itu, confirm kena sound oleh Abu Thalib. Haaa, jangan main-main dengan pemimpin terbesar Bani Hasyim itu! Kacau kecintaan Abu Thalib, kena cari sampai ke lubang cacing oleh Abu Thalib lah jawabnya.

Hendak dikatakan, tiada siapa pun yang berani nak cari pasal dengan Nabi Muhammad dek kerana takutnya dengan kelibat Abu Thalib. Abu Thalib adalah kubu teguh memelihara dakwah Islamiah daripada serangan-serangan orang yang takbur dan bodoh.

Terbitlah secebis kegembiraan di hati Nabi dengan kehadiran Abu Thalib di sisinya walaupun ajakannya kepada Abu Thalib untuk masuk Islam ditolak. Nabi Muhammad tahu, baginda hanya mampu untuk dakwah namun Allah yang memberi taufiq hidayah.

Kegembiraan dengan adanya Abu Thalib ditambah lagi dengan krimmer manis kebahagiaan iaitu kehadiran Siti Khadijah.

Siti Khadijah, nama yang indah. Pernah mendapat kiriman salam special khas yang dikirim oleh Malakat Jibril daripada Allah. MasyaAllah seronoknya dapat salam daripada Allah.

Hendak dikatakan pentingnya Siti Khadijah ini dalam kehidupan Nabi Muhammad, dia selalu ada di kala Nabi Muhammad suka, di kala Nabi duka.

Jika Nabi Muhammad mendengar umpatan, kejian dan caci maki yang dilontarkan kepada baginda, Allah menghilangkan segala kesedihan itu melalui Khadijah binti Khuwailid. Isteri tercintanya itu akan menjadi pemberi motivasi kepada baginda, meringankan beratnya bebanan di bahu baginda dan meningkatkan semangat dakwah Rasulullah.

Ketika Nabi senyum gembira Khadijah ada, ketika Nabi nangis berduka pun Khadijah ada. Terciptanya Abu Thalib dan Siti Khadijah ialah satu hadiah teristimewa dalam kehidupan Nabi Muhammad!

Ingat tak kisah Nabi Muhammad dan para sahabat kena pulau selama 3 tahun berturut-turut?

Kasihan bukan? Selepas sahaja enam bulan peristiwa tragis itu, ada satu lagi peristiwa tragis menimpa Nabi Muhammad keseorangan. Apa lagi yang lebih sedih dan tragis selain daripada pemulauan oleh masyarakat selama 3 tahun!?

Bayangkan, seorang yang sentiasa bersama kamu di kala kamu dicemuh hina telah tiada. Telah tiada yang bukan sementara namun selamanya. Tekalah apa yang dihadapi Nabi...

Mati. Kematian Abu Thalib...

Nyawa kehidupan di kala sesak kesusahan dah tiada, dijemput Tuhan. Mana mungkin air mata tiada. Sedih duka kerana pak cik kesayangan sudah tiada.

Di dalam dilemma itu, Alhamdulillah Khadijah ada. Menjadi isteri yang menyeri serta mewarna warnikan kedukaan baginda ketika itu.

Alhamdulillah Khadijah ada, Rasulullah masih rasa bahagia. Dialah wanita yang menjaga, wanita menyelimutkan baginda di kala baginda menggigil ketakutan setelah balik dari Gua Hira'.

Alhamdulillah Khadijah ada, Rasulullah rasa gembira. Walaupun sudah tiada pak cik kesayangan, telah diambil tuhan.

Namun.

Alhamdulillah itu menjadi Innalillah. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un kerana dia telah pergi setelah tiga hari Abu Thalib pergi.

Siapa dia?

Khadijah. Nama dia Khadijah binti Khuwailid.

Sesungguhnya Khadijah ialah salah satu nikmat yang terbesar Nabi pernah dapat, kini ditarik Allah semula. Allah mahu Khadijah bersama-Nya. Itu ketentuan-Nya maka Khadijah tidak lagi bersama baginda.

Khadijah tinggal bersama Nabi Muhammad selama suku abad. Bayangkan bersama kesayangan 25 tahun masihi dan kini hilang tiada di sisi. Bayangkanlah...

Selama suku abad itu Khadijahlah yang membantu baginda ketika suasana getir dan sukar, membantu baginda menyebarkan risalahnya, menyertai baginda membayar harga jihad yang pahit serta mengorbankan kepentingan diri dan harta kekayaannya yang berlambak itu. Segala demi Rasulullah...

Satu kata-kata Cinta dari baginda untuk si dia:

"Dia beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakan aku, dia berkongsi denganku harta kekayaannya ketika orang ramai menghalangku, dan Allah mengurniakan kepadaku anaknya dan menghalangku mendapat anak daripada selainnya..."

Abu Thalib pergi.
Khadijah pergi.

Hati gembira Rasulullah juga pergi.
Yang tinggal hanyalah sedih sunyi sepi.

Mereka berdualah penguat kaki baginda untuk berdakwah, namun kini sudah di jemput Ilahi.
Mereka berdualah menjadi inspirasi dan motivasi baginda untuk meneruskan syariat Ilahi.

Dua peristiwa yang menyedihkan hati ini berlaku dalam beberapa hari sahaja. Ianya menggamit perasaan sedih dan pilu dalam jiwa Rasulullah.

Setelah itu bertalu-talu musibah yang datang kepada baginda daripada kaumnya.

Mereka menyakiti Rasulullah secara terbuka selepas tiadanya Abu Thalib. Manakan tidak, orang yang selama ini melindungi baginda sudah tiada, maka kekejaman bermaharajalela! Mereka terus menerus mengkhianati Rasulullah setiap kali yang mereka mampu...

Dek kerana perkara itu, bertambahlah dukacita demi dukacita sehingga baginda sudah putus harapan dengan mereka. Selama ini baginda tidak pernah berputus asa, tapi mungkn sebab dua orang kesayangan baru sahaja pergi, maka semangat itu juga pergi.

Dalam kesedihan dan kehibaan itu, Rasulullah tetap juga berdakwah. Berdakwah di mana?

Taif.

Itulah tempat di mana Nabi Muhammad cedera sehingga darah merah baginda memenuhi kasut baginda. Darah mengalir sebanyak itu kerana Rasulullah telah dilempar dengan batu-batu yang banyak oleh anak-anak muda di Taif.

Abu Thalib pergi.
Khadijah pergi.

Dakwah di Mekah di tolak,
Dakwah di Taif ditolak.

Namun dialah Rasulullah...

Kesedihan yang pahit menjadi tawar, kerana adanya iman yang kuat di hati.
Iman di hati menjadikan kesakitan dihentam musuh menjadi kemanisan.

Iyaa, kerana adanya Allah yang menciptakan Abu Thalib.
Allah juga yang menciptakan Khadijah kesayangan baginda.

Allah ada, cukuplah bagi Nabi Muhammad.
Allah sumber kekuatan baginda, sumber inspirasi dan motivasi teragung.

Mengapa baginda perlu bersedih pada awal-awalnya!?

Benar, Rasulullah juga manusia seperti kita.
Ada perasaan sedih, gembira, duka, cemburu dan sebagainya.

Namun Rasulullah ialah permata intan antara batu jalanan.
Paling indah warnanya antara kita, manusia yang hina.

Andai kita di tempat Nabi Muhammad, apakah kita akan sekuat baginda?

Rasulullah pilihan Allah...
Menjadi kekasih Allah, kecintaan Allah.

Sollualannabiy!

---


Nabi Muhammad diuji bukan sekadar umat masyarakat arab yang menjauh daripada baginda, tetapi kehilangan dua orang kesayangan dalam satu masa. Diuji dengan kutukan dan makian disebabkan pembawaan hidayah kepada penduduk Taif.

Kalau setara Nabi Muhammad kesayangan Allah yang paling Allah sayang diuji sebegini, apatah lagi kita kan?

Jadi berbahagialah ketika kita diduga dengan ujian kesusahan yang berlambak kerana semua itu membuatkan cinta kasih sayang Allah bertambah kepada kita. Semakin banyak dugaan, semakin Allah sayang. Semakin banyak diuji, semakin dikasih Ilahi.

Alhamdulillah!

Dan persoalan terakhir awak, mengapa cinta awak kepada tuhan hanyalah sekadar cinta tepuk sebelah tangan? Mengapa cinta awak tidak berbalas setelah awak bersungguh-sungguh menagih cinta-Nya?

Kita rasa jauh daripada Allah.
Kita rasa ada jurang dengan Allah.

Nangis dalam solat tiada.
Interaksi dengan Allah tiada rasa.

Rasa tiada ikatan dengan Allah!

Senyum. Allah tidak akan biarkan kita keseorangan, selamanya tidak akan kerana Allah sayang kita. Lagi-lagi kita yang ingin mendekatkan diri kita dengan Allah. Seperti yang saya kata, Allah telah jawab segalanya...

Jawapan 1
Allah suruh Nabi Muhammad kata kat awak kata-kata Cinta ini :- "Bila ada hamba saya bertanya mengenai saya, saya dekat dengan dia, tiada jurang walau sedikit. Saya sentiasa layan setiap kata-kata Cinta dia setiap kali bibir dia berdoa bercakap dengan saya."

Jawapan 2
Allah kata :- "Wahai hambaku, jika awak datang kepada saya dalam keadaan berjalan, saya datang kepada awak dengan berlari kecil."

Jawapan 3
Allah kata :- "Saya ialah apa yang awak sangka kepada saya, dan saya bersama awak setiap kali awak ingat saya."

MashaAllah. Awak sedar atau tidak, Allah layan setiap apa yang awak kata. Setiap patah kata cinta awak kepada Allah tidak akan pernah bertepuk sebelah tangan. Allah sentiasa layan awak. Allah kata kalau awak bertanya pasal dia pun dia dah dekat, apatah lagi awak yang ingin bercinta dengan Allah kan? Sudah tentu lebih special kan? 

Tidak kira sama ada awak merupakan seorang pendosa tegar, sepanjang awak hidup 100 tahun tiba-tiba baru pertama kali awak nak bercakap dengan Allah pun, Allah tetap akan layan awak. Apatah lagi awak yang setiap masa dan saat ketika ingin bercinta dengan Allah? Sudah tentu awak sudah menjadi kesayangan dan kecintaan tuhan sekarang.

Ketika awak rasa yang Allah dan awak ada jurang itu semua permainan Shaitan. Awak sebenarnya tiada jarak langsung dengan Allah sebab Allah dah janji dia akan sentiasa dekat dengan awak yang ingin bercinta dengan Allah. Selamanya Allah tidak akan menjauh daripada hambanya yang ingin mendekat. 

Kenapa awak masih rasa kosong? Kerana Shaitan punya hasutan.

Saya ada cadangan supaya awak dapat atasi makhluk laknat Shaitan itu. Cara ini mungkin awak akan rasa macam benda yang dah selalu orang kata, benda yang mainstream. Tapi inilah caranya untuk awak rasa awak ialah seorang kesayangan Tuhan.
Baca Quran!
Cuma kali ini, baca Quran dengan perspektif yang lain. Ketika awak baca Quran, serapkan dengan dalam jantung hati awak tiga perkara ini :-

1. "Quran ini kalam Allah yang Allah turunkan bukan khas kepada Nabi Muhammad sahaja tetapi khas untuk seluruh makhluk atas muka bumi ini termasuk aku. Quran satu medium untuk Allah bercakap dengan aku dan sekarang aku sedang bercakap dengan Allah!"

2. " Tanpa izin dan kebenaran Allah, aku tidak akan dapat bercakap dengan-Nya melalui Quran tapi Allah pilih aku. Dalam ramai-ramai manusia yang lagha, Allah pilih aku untuk bercakap dengan-Nya. Aku sepatutnya bangga kerana terpilih dalam jutaan manusia yang lagha."

3. " Jika Quran Allah bercakap dengan kita maka solat ialah kita bercakap dengan Allah semula. Aku nak hadam maksud ayat dan terjemahan Quran ini supaya dalam solat aku nanti boleh berborak-borak dengan Allah dalam keadaan aku faham apa yang diborakkan antara kami. Aku boleh berinteraksi dengan Allah agar Allah akan sentiasa ada dalam jantung hati saya!"

InshaaAllah itu sahaja noh. Segala persoalan yang ada, telah dijawab oleh saya dengan izin-Nya. 

Setiap satu patah perkataan yang saya hasilkan daripada tarian tangan saya atas keyboard laptop ini adalah berdasarkan pengalaman saya semasa bergembira dalam jahiliah dan juga selepas saya berbahagia dalam nikmat hidayah yang Allah kurniakan kepada saya. 

Lain manusia ada lain cerita dan cerita saya boleh berhijrah adalah setelah saya terjumpa dan terbaca satu kata-kata Cinta daripada Allah. Ayat inilah yang saya katakan pada awal-awal penulisan ini tadi. 
Inilah ayat pesanan harapan daripada Allah untuk kita.
Dengan pesanan harapan Allah inilah saya berasa kuat untuk berbahagia dalam hidayah. Jadi sekarang saya nak awak semua kuat sepertimana saya. Acewah! 

Pesanan harapan yang Allah suruh sampaikan itu ialah :-

___

لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ

Pesan Allah untuk kita:- 'Janganlah berputus asa dengan rahmat aku. Jangan.'

Kata cinta Allah ini diukir indah dalam Quran. [Quran 39:53]
___

Inilah ayatnya. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah! 

Ayat ini Allah mulakan dengan menyuruh Nabi Muhammad untuk sebarkan kata-kata cinta ini kepada orang yang melampaui batas. Ayat ini memang khas untuk manusia yang bergembira dalam jahiliah yang ingin berbahagia dalam hidayah Allah.

Allah kata jangan putus asa daripada rahmat-Nya!

Rahmat Allah itu tersangat luas berbanding kemurkaan Allah. Buat dosa memang Allah sangat marah, tapi jika kita buat dosa sejuta tahun dan kita bertaubat seminit, Allah ampunkan dosa sejuta tahun itu. MashaAllah!

Dan akhir-akhir ayat ini Allah kata, dialah maha pengampun, Allah nak kata siapalah yang boleh nak ampun dosa kita kalau bukan dia? Bertaubatlah, Allah terus ampunkan. 

Dan Allah juga ingin sangkal kita yang tadinya persoalkan mana cinta sayang Allah kepada kita dengan mengatakan Allah maha pengasih di bahagian paling akhir ayat Quran ini. Siapa lagi yang lebih pengasih daripada Allah?

Konklusinya, jom kita jadi kesayangan dan kecintaan Tuhan dan jangan pernah sekalipun putus asa dengan rahmat Allah! =D

p/s : untuk cara jadi hamba kecintaan tuhan, KLIK SINI

---

Ehem. Jadi sekarang nak buat apa? Duduk senyap buat dek ataupun nak sebarkan pesanan harapan daripada Tuhan ini?

Saya tidak paksa.

Hendak cerita kenapa saya tulis artikel ini. Saya rasa terpanggil untuk buat artikel ini kerana di permulaan ayat pesanan harapan ini Allah suruh Nabi Muhammad sampaikan. Jadi saya rasa saya sangatlah mulia kerana melakukan kerja Nabi Muhammad untuk sebarkan pesanan harapan ini sejauh-jauhnya. 

Terpulanglah kepada anda jika ingin menggunakan penulisan saya yang marhaen ini untuk disebar atau tidak, tapi anda boleh sahaja buat penulisan sendiri dan sebarkan pesanan harapan Allah yang ohsem ini!

Andai kerja Nabi kita sungguh-sungguh buat, mana mungkin kita tidak bersama Nabi Muhammad di Syurga Firdaus kelak? 

Ameen.

Moga Allah cinta,
Nabi Muhammad redha.

Yang sayang cinta kalian,
Brother Aiman Al-Banna,

16 comments:

  1. tiada kalam yang ana hendak disampaikan.cukuplah tulisannya Brother Aiman Al-Banna yang menarik diri ana membacanya dengan tekunan.cerita yang indah dan penuh dengan pesanan..hijrah,sirah dan cinta kepada Allah..

    ReplyDelete
  2. tak dannn nak bacai aih. baca sikit jah baru. nok exam. Doakan eh!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. thanks for the wonderful entry.. tipulah klu x trfeeling time baca ni.. rse sebak pon ad time baca tntang Rasulullah SAW.. اللهم صلى على محمد وعلى عليه محمد
    anyway thanks for sharing.. and hope that all of us will change from jahilliyah to anti-jahiliyyah.. insyaAllah..
    may Allah bless you always Aiman ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf typo.. --"
      اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد

      Delete
  4. Masya Allah.Teruskan menulis Aiman.Semoga Allah redha dan berikan hidayah kepada akhi.Teruskan menarik hati muslimin dan muslimat.Sememangnya kita perlukan harapan.Bukan ketakutan semata mata.

    ReplyDelete
  5. Moga Allah redha dengan usaha kamu (:

    ReplyDelete
  6. Wahh, ana menangis msa bca. Moga Allah redha dgn usaha akhi. ^-^

    ReplyDelete
  7. Allah... Tenang sikit hati bila baca entry ni. Sememangnya kita umat yg perlu sentiasa cuci hati, bersihkan jiwa kerana mudah juga terleka dgn dunia yg fana ni. JazakAllahu khairan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih akhi, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Ya ALLAH..speechless with your words. terbaik sangat sangat dan mmg betul kita ni pemaksiat. nak berubah jadi baik and at the same time nak jauhi dosa tu bkn la sesuatu yang mudah. but your beautiful words, gives me hopes yang rahmat ALLAH itu sentiasa ada. :) May ALLAH bless you always.

    ReplyDelete
  11. teruskan dgn tulisan mcm ni :) terfeeling lebih time baca smpai nangis hihi

    ReplyDelete
  12. Salam ziarah dari saya :

    http://secebisdakwah2ku.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. terasa lebih kuat untuk terus berlari mengejar cinta Allah selepas baca blog aiman . terima kasih atas perkongsian yang teramatlah terkesan buat kita si pemaksiat . semoga Allah cinta

    ReplyDelete