Bila Cinta



Orang kata, bila cinta...
Biasalah saling rindu-merindui.

Hari ini di pagi hari, hati dalam dada tiba-tiba terusik. Terasa sebak yang teramat. Sebak yang tak mampu diungkap dengan kata dan akhirnya mengalir air mata, air mata merindui si dia.

Senyuman, gelak tawa, muka merajuk dan segala memori kenangan bersama dia terukir indah dalam minda.

Orang kata biasalah rindu merindui.

Kerana...

Dia bukan sekadar dia. Dia ialah dia yang dicinta kerana-Nya. Saat akad nikah terucap indah, hati ini memasakkan niat untuk mencintai isteri ini kerana-Nya, Allah yang Esa. Kucupan di atas dahinya serentak dengan niat untuk mencintai dirinya sepenuhnya kerana Tuhan menjadi saksi aku cinta dia.

Tapi...

Kenapa perlu nangis? Haha. Kalau iya pun rindu, tak perlu lah nangis-nangis bagai. Orang lain pun rindu, tiada lah sampai tahap mengalir air mata.

Ada kisahnya...

Semalam hantar isteri balik ke tempat pengajiannya. Sebelum meninggalkan dia malam tadi, dia menangis. Dia letakkan kepada dia atas bahu saya, menangis teresak-esak. Mungkin lepas ditaujihat oleh saya dan ibunya. Sebelum dia tinggalkan saya, dia salam dan cium tangan saya. Tak lupa juga, dia bawa Buku #Henshin pemberian saya kepadanya pada suatu masa yang lalu. Ada signature suami sekali weh. Special kata kan. Saya senyum, dia senyum dan kami pun terpisah.

Masa berlalu dan pagi tadi selepas sahur, masjid negeri shah alam menjadi destinasi selepas bersahur dengan lebihan kebab iftar bersama isteri semalam.

"Aiman sayang awak wahai sayang. Sayang dirimu kerana Tuhan yang telah satukan kita, moga selamanya inshaAllah." Hati berkata sendiri, membayangkan sedang meluahkan cinta kepada isteri padahal tiada depan mata pun.

Rindu katakan...

Setelah sampai masjid, terus pasang niat untuk solat subuh. Takbir membesarkan Allah diucapkan dengan rasa bangga tanda memulakan solat yang diimami oleh imam masjid negeri.

SubhanAllah bacaannya sedap dan menenagkan jiwa.

Usai bacaan Al-Fatihah, dia meneruskan bacaan surah. Hati kurang khusyuk sebenarnya pagi tadi mungkin kerana masih rindu-rindu isteri. Tapi, rindu itu jadi kosong apabila telinga menangkap bacaan imam membacakan sepotong ayat yang menceritakan mengenai Nabi Ibrahim.

Pengorbanan Nabi Ibrahim yang tersangat hebat.
Cinta Nabi Ibrahim kepada Tuhannya melebihi segala.

Ketika itu, terhamparlah pengetahuan mengenai sirah Nabi Ibrahim sepanjang hidupnya. Daripada memecahkan segala berhala ketika kecil hinggalah ke pengakhiran hidupnya. Dalam banyak-banyak rentetan kisah Nabi Ibrahim, terhenti pada satu kisah. Kisah Nabi kecintaan Allah itu dengan isteri keduanya, Hajaar.

...

Dalam kegersangan padang pasir, terdengar suara lemah seorang wanita yang sedang menggendong bayi yang baru lahir.

"Abang, tak kasihankan Hajaar ke? Tak kasihkan Hajaar ke? Tak sayangkan Hajaar lagi ke?"

Ketika itu, dia jalan perlahan kerana keletihan yang amat dek kerana perjalanan yang jauh di bawah sinaran matahari yang panas. Lelaki dihadapannya teruskan berjalan tanpa menoleh ke belakang. Tidak diendahkan segala soalan daripada wanita dibelakangnya.

"Abang... Kalau abang dah tak sayangkan Hajaar, tapi tolonglah... Tolonglah sayangkan anak kita ini. Bukankah anak kesayangan kita ini yang dinanti oleh abang selama berpuluh-puluh tahun..?"

86 tahun penantian hidup untuk mendapatkan anak, akhirnya dikabulkan oleh Allah melalui rahim wanita di belakangnya itu. Siapa yang tidak sayangkan anak yang dinanti selama  berpuluh tahun..? Siapa yang tidak sayangkan isteri yang telah menghadiahkan anak? Namun, dia tetap meneruskan perjalanan tanpa memperdulikan dua sosok tubuh yang sangat dia cinta di belakang itu.

Mereka bertiga dalam perjalanan ke sebuah tempat tandus. Tandus yang tersangat tandus.

Tiada binatang.
Tiada pokok.
Tiada air.
Tiada bangunan.
Tiada manusia.

Di sana lah lelaki itu ingin meninggalkan isterinya, dan juga anaknya.

...

Bila difikirkan betapa jahat dan kejamnya seorang suami sanggup tinggalkan anak dan isteri di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Kata cinta yang teramat, tapi mengapa sanggup melakukan perkata yang tidak masuk logik akal sebegitu?

Tinggalkan di satu tempat yang tiada apa-apa, kecuali pasir!

Namun itu lah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim. Allah perintahkan kepada ayah kepada Ismail yang ditunggunya selama ini agar ditinggalkan bersama ibunya yang baru melahirkan anak pertama mereka di tempat yang tiada manusia, apatah lagi binatang.

Disebabkan itu perintah Allah, maka Nabi Ibrahim buat juga walaupun dia sangat-sangat cintakan Hajaar dan Ismail. Siapa yang tidak cintakan isteri? Siapa yang tidak sayangkan isteri yang baru lahirkan anak kesayangan? Siapa yang tidak cinta dan sayangkan anak yang baru lahir. Kelahiran yang ditunggu-tunggu selama berpuluh-puluh tahun!

Tapi kerana cinta Nabi Ibrahim kepada isterinya dan anaknya kerana Allah, maka dia buat juga. Nabi Ibrahim cintakan isterinya kerana Allah, maka dia buatkan juga benda yang diluar logik akal manusia...

"Ye ke Aiman sayang awak kerana Allah..?"

Persoalan ini menjengah iman aiman. Betul ke aiman cinta awak kerana Allah..? Betul ke iman dalam jiwa aiman ini mencintai isteri aiman kerana Allah..?

Ketika ini, dada rasa sebak, mata mula berair.

"Apakah aiman akan redha bila aiman terpisah dengan awak atas suruhan dan ketentuan Tuhan..? "

"Jika benarkah aiman cinta awak kerana Allah, apakah aiman akan bersama Allah bila Allah suruh tinggalkan awak..? Andai aiman di tempat Nabi Ibrahim dan Allah suruh aiman tinggalkan awak keseorangan tanpa teman, apakah aiman akan buat tanpa sebarang bantahan..!?"

Ketika itu, sejujurnya aiman rasa tidak mampu... Tidak mampu untuk lakukan apa yang Nabi Ibrahim buat sekiranya Allah perintahkan aiman untuk buat semua itu kepada isteri kecintaan Aiman.

Dan pada saat dan ketika memikirkan perkara ini, aiman sedar-sedar ada kehangatan jatuh setitis demi setitis atas tangan aiman. Aiman menangis! Aiman rasa, aiman gagal untuk menjadi suami soleh. Soleh yang mencintakan awak kerana Allah semata-mata

Jika aiman tidak mampu untuk redha dengan ketentuan dan suruhan Allah itu, apakah aiman layak mengungkap kata "Aiman cinta awak KERANA ALLAH?"

"Apakah benar aiman cinta awak kerana Allah ....?"

Ketika ini air mata mengalir laju, air mata terus mengalir deras tanpa menghirau orang di sekeliling. Ya Allah, apakah cinta aku ini untuk isteriku ini sebenar-benarnya kerana-Mu?

...

Ketika itu saya berazam.

Berazam untuk mencintai isteri dengan sebenar-benar definisi cinta. Walaubagaimanapun, Saya tetap akan mendahului Allah, saya tetapkan akan meletakkan cinta Allah nombor satu dalam carta hati, saya tetapkan akan meletakkan cinta Allah sebagai prioriti melebihi cinta-cinta yang lain... Sepertimana Nabi Ibrahim berjaya lakukan. InshaAllah, dengan izin Allah.

Wahai Allah sang pencipta Cinta, jagakanlah kecintaanku itu. Dia isteriku, namun aku tahu dia juga hamba-Mu. Aku hamba-Mu yang lemah hina ini memohon agar hamba-Mu yang dicinta itu dijaga dengan sebaik-baik jagaan.

Demi Tuhan pencipta Cinta, aku cinta dia kerana taqwa. Peliharalah, hingga kami berbalas senyuman dalam Jannah.

InshaAllah, amin ya Allah.

Aiman Banna.
0712AM
290615

12 comments:

  1. Sukar kan cinta pada manusia? Ibarat mengenggam burung. Jika terlalu ketat, dia akan mati. Jika terlalu longgar, dia akan bebas. Semoga kita tidak lalai. Mencintai dia kerana Dia dengan seadanya. Anyway, good reminder aiman. Tq.

    ReplyDelete
  2. mencintai kerana Allah perlukan pembuktian. :)

    ReplyDelete
  3. Awak dah kahwin aiman?

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum.
    moga bermanfaat

    https://youtu.be/fdNusXNah2U

    ni bukan spam
    jzakumullahu khayr

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Bagaikan mungkin untuk mencintai manusia lebih dalam dari Pencipta kerana bukankah Allah yg menciptakan cinta?
    Kata-kata yang akan in sha Allah dipegang selamanya
    Penulisan yg bagus. Membuka mata Sarah muda yg sering mengikut gelojak perasaan

    ReplyDelete
  7. Cintakan pemilik cinta dahulu, barulah cintakan peminjam cinta :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betull.. Tapi ayat peminjam cinta tu lebih baik jdi penerima cinta. Cinta itu bkan satu pinjaman, tapi ia adalah anugerah ����

      Delete
  8. Semoga nukilan aiman ini menjadi inspirasi utk diri sy sndri dan kpd muslim dan muslimah yg bkl mndrikan masjid berkisar di landasan Allah.

    ReplyDelete
  9. a very touching story..and it hits me to the bottom of my heart.. keep going #Aiman Banna..

    ReplyDelete
  10. Subahanallah...sungguh beruntung kak hani..moga sy dapat mengambilnya sebagai pegangan hidup cinta Allah maka Allah akan hadirkan cinta yang selayaknya buat diri..Amin #istiqomah

    ReplyDelete
  11. Subahanallah...sungguh beruntung kak hani..moga sy dapat mengambilnya sebagai pegangan hidup cinta Allah maka Allah akan hadirkan cinta yang selayaknya buat diri..Amin #istiqomah

    ReplyDelete