Syok Sendiri


Pernah rasa suka dan cinta akan seseorang?

Dia cantik, maka mula untuk suka.
Dia baik, maka mula untuk suka.
Dia penyabar, maka mula untuk suka.

Banyak asbab untuk kita mencintai seseorang itu bukan?

Suka itu fitrah maka perasaan itu akan selalu dan akan sentiasa ada dalam diri kita, kerana kita manusia dan fitrah itu memang Allah cipta untuk berada dalam diri makhluk-Nya termasuklah juga binatang.

Haaaa. Binatang pun ada rasa suka tau.

Bila kita selalu kasi ayam panggang kat kucing setiap hari, maka dia akan selalu gesel badan kepada badan kita tanda sayang dan cinta. Seronok beb. Bila kita selalu kasi kaki dan penendang kat kucing setiap hari, maka kucing itu pun menyampah tengok kita. Kalau sentuh sikit terus kena cakat atau gigit. Sakit beb.

Begitulah aturan Tuhan dalam kehidupan.

Tapi issue-nya sekarang, tak semua cinta yang lahir dalam jantung hati kita akan mempunyai skrip cerita yang bahagia dan gembira. Siapakah yang mampu untuk memberi jaminan bahawa setiap kisah yang bertemakan cinta dalam hidup kita akan bahagia semuanya.

Sungguh, tiada apa yang mampu beri jaminan kerana tidak semua cinta kita akan berbalas.

Fenomena cinta tidak berbalas ini kita gelarkannya sebagai:

Syok Sendiri.

Syok sendiri ialah apabila cinta yang telah anda lontar itu tidak disambut oleh orang yang ditujukan. Syok sendiri ialah apabila anda cuba tepuk tangan tapi hanya tangan kiri ingin menepuk namun yang kanan tak mahu. Syok sendiri juga ialah apabila anda syok dengan diri namun orang yang di-syok tak syok pun.

Begitulah konsep syok sendiri.

Syok sendiri ialah sesuatu yang sangat tidak disukai oleh ramai orang. Iya lah, anda usaha untuk mencintai namun tidak dihargai. Rasa bagaikan usaha cinta anda yang murni itu dipersia begitu sahaja.

Bila kita mengalami syok sendiri...

Sedih.
Marah.
Gelisah.

Itu apa yang kita rasa.

100% hiba,
Sifar bahagia,

Itu juga apa yang kita rasa.

Namun ada satu perkara yang saya ingin cerita kepada anda di mana ia merupakan solusi kepada masalah syok sendiri. Sepertimana setiap kunci akan ada anak kunci untuk membukanya maka Allah pun telah meletakkan solusi kepada segala masalah yang ada atas muka bumi ini. Yeah!

Apakah itu solusi syok sendiri..!?

"Cinta kita kepada Allah tidak akan pernah syok sendiri." 
Saya pernah menulis, dan saya pernah juga mengatakan quote ini. Quote saya yang inilah menjadi menjadi solusi kepada syok sendiri.

Allah yang mencipta kita. Allah cipta kita kerana Allah cinta kita. Cinta Allah kepada kita tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun termasuklah ibu yang melahirkan kita. Rahim ibu mungkin boleh memberikan sejuta cinta namun cinta dari Ar-Rahim itu tidak terkira, tidak mampu diungkap dengan angka.

Jadi, solusinya ialah… Cintailah Ilahi, maka anda tidak akan syok sendiri!

I am kinda proud of this quote of mine. It's making me happy knowing that there's someone gonna love me always. Cinta ketat sentiasa gituh. Kita cinta Allah, Allah cinta kita semula. 

Bahagianya bila tidak syok sendiri!

Tiba-tiba terdetik di jantung hati saya tentang seorang jejaka ni. 

Terfikir pasal dia, ada rasa kelakar dan buat hati ini sebak. Rasa kelakar sebab dia ialah lelaki yang selalu syok sendiri dan rasa sebak juga disebabkan dirinya yang syok sendiri.

Bagaikan seorang yang gila yang tergila-gilakan anak raja. Tak dilayan, tak dipandang sebelah mata gituh. Bagaikan budak kecil yang mahukan lolipop dari ibunya namun tidak dilayan. Dibiarkan sahaja keinginannya begitu sahaja.

Itu lah dia konsep lelaki yang selalu syok sendiri itu,

Kalau saya, kalau saya dah tahu saya syok sendiri dengan sesiapa pun, i will give up. Siapa yang nak tepuk sebelah tangan? Cinta tak berbalas kot...

Tapi istilah give up dalam diri jejaka syok sendiri itu langsung tiada.

Kalau ada orang yang tergila-gilakan kita, tapi kita tak nak dia... Kadang-kadang fikir bodoh juga orang macam ini kan? Tak faham bahasa, orang tak nak terima dia, buatlah cara orang yang dah kena reject. Why still insist?

Dia dok syok sendiri, merindu dan terus merindui "a bunch of people". Terus cinta dan terus mencintai mereka dengan sebenar-benar definisi cinta. Alasan dia cuma satu, kerna CINTA.

Tahu apa itu definisi cinta?

Cinta itu apabila kita ingin orang yang dicintai itu dicintai oleh orang yang sangat kita Cinta. Yang kita cinta itu ialah Allah, sang pencipta Cinta.

Itu lah dia lelaki yang selalu syok sendiri itu,

Ingin orang yang dia rindu & cinta semuanya dicintai oleh Allah. Bukankah dengan dicintai Allah kita akan dapat jejak masuk Syurga-Nya?

Kerana cinta, jejaka itu tidak kisah pun dirinya syok sendiri, asalkan orang yang dia rindu dan cinta itu dicintai Allah. Dia mahu sebenar-benar definisi Cinta itu ada pada orang yang dia cinta. Biarlah dia syok sendiri.


Kesian tak dengan jejaka syok sendiri tu? Sakit hati tak dengan orang-orang yang sombong tu? Kesian & sakit hati. Itu dalam hati?

Sakit hatilah dengan diri anda sendiri!

Bencilah diri anda yang sombong bongkak itu!
Kerana andalah punca orang itu syok sendiri!
Diri anda yang rasa bagus itulah puncanya!

Nabi Muhammad dah mula rindu-rindu cinta dengan kau. 
Sebelum kau lahir wujud di dunia, kata-kata cinta sudah terucap indah di bibir baginda untuk kau.

"Ya Allah aku rindu mereka. Ya Allah selamatkanlah mereka daripada Neraka. Ya Allah, aku akan beri Syafaat kepada mereka di akhirat kelak."

Dan apa orang yang sombong macam kita ni balas?

"Ya Allah aku rindu artis dan crush aku."

"Ya Allah aku jatuh cinta dengan dia, apakah dia pemilik tulang rusuk kiri aku ini?"

" Ya Allah kurniakanlah rumah tangga yang bahagia antara aku dan si dia."

Bibir kita basah dengan mengingati orang lain dan kita abaikan Nabi Muhammad dengan seburuk hina pengabaian.

Kita sombong!

Sedangkan basahnya bibir dan mata Nabi semata-mata kerna kita. Sudah mula menangis kerisauan akan diri kita walaupun kita dan baginda tak pernah bersua muka ke muka.
Kita abai Nabi Muhammad!

Kita buat Nabi Muhammad syok sendiri!

Kita selalu kata nak Nabi kasi kita Syafaat, tapi selawat dalam jantung hati dah berkarat,,,
Kalaulah kita buat Nabi Muhammad syok sendiri di dunia, apakah kita akan syok sendiri juga di akhirat kelak?

You get what you give!

Merangkak mencari syafaat dengan siapakah kelak jika tidak dengan Nabi Muhammad?
Mengapa perlu kita tergamak menjadikan Nabi Muhammad syok sendiri!?
Astaghfirullah...

Moga Allah tidak menjadikan kita asbab Nabi Muhammad syok sendiri.
Moga Allah tidak menjadikan kita sebagai orang syok sendiri di akhirat kelak.

Please, i beg you guys. Jangan buat Nabi Muhammad syok sendiri lagi. Cukuplah selama ini apa yang telah kita terlanjur lakukan.

Sebagai denda kepada kita yang pernah buat Nabi Muhamad syok sendiri, jom kita perbanyakkan selawat hari ini.

Ini denda dan anda wajib buat! (including me too!)


Sollualannabiy!

#AimanBanna #AmanToksePerang

12 comments:

  1. seriusly best post ni ! jazakallah .

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sukanya yg nih.... ~^^

    ReplyDelete
  4. Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad

    ReplyDelete
  5. Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad

    ReplyDelete
  6. omg kenapa aku boleh search 'syok sendiri' ni.. kesian akuuu ngorat orang tapi syok sendiri

    ReplyDelete
  7. Suka cara penyampaian :) idola wuishh hehe

    ReplyDelete