Surat Terbuka untuk Mereka Yang Berputus Asa Dalam Berhijrah.







Jahiliah tu perit kan?

Sumpah; DEMI ALLAH:

Perit,
Sakit,
Pedih...

Tiada apa yang lebih pahit dan sakit daripada jahiliah. Betapa teruknya hidup dalam jahiliah. Busuknya rekod hidup di mata-mata manusia dunia bila seseorang manusia itu pernah berjahiliah.

Tentang jahiliah dan aku.

Berapa ramai manusia yang benci aku? Betapa agungnya kebencian insan-insan di sekelilingku kepada diriku. Allahu akbar; sakitnya rasa dibenci, dipulau, dihalau, dikutuk, dimaki. Paling menambah kepahitan ialah: difitnah.

Iya, aku akui aku perlu bertanggungjawab atas segala jahiliah yang pernah aku lakukan. Sama ada telah berjahiliah, sedang berjahiliah atau akan berjahiliah; jahiliah-jahiliah itu sememangnya aku akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Tapi, aku tak mahu hidup dalam jahiliah itu lama-lama. Aku buktikan aku tidak lagi berjahiliah dengan apa? Aku melepaskan jahiliah dengan HIJRAH.

Demi Tuhan yang menciptakan segala makhluk atas muka bumi ini, tiada apa yang lebih indah daripada HIJRAH.

Berbicara mengenai hijrah, berapa ramai yang sudah berjaya hijrah..?

Ramai sangat!

Buka facebook, baca cerita penghijrahan seorang mak nyah kembali menjadi seorang muslim. Buka twitter, baca lagi kisah seorang gangster Singapura. Buka instagram, baca lagi kisah-kisah saudara muslim kita yang berhijrah menjadi berganda-ganda lebih baik dari dulu.

Hijrah itu manis.

Tapi, untuk diri aku; kemanisan itu tidak kekal. Aku kerap kembali kepada jahiliah, aku ketagih untuk berada dalam dakapan jahiliah. Aku dah hijrah, tapi tak lama lepas itu kembali kepada jahiliah semula.

Tadi aku bilang hijrah itu manis bukan?

Tapi, kenapa hijrah aku tidak manis? Kenapa lepas aku hijrah aku tak rasa tekstur karpet merah di atas tapak kaki aku? Kenapa batu keras, duri tajam dan tahi menjadi penghias jalan hijrah aku?

Aku dibenci,
Aku masih dibenci!

Segala jahiliah aku diungkit. Setiap inci dan bentuk jahiliah aku dibentang semula. Aku bagaikan terlalu jijik dan hina, sehinggakan penyucian diri dengan taubat tidak mampu jadi ubat kepada karat-karat jahiliah yang lampau.

Aku tidak diterima,
Aku masih dihina...

Aku nak berubah, tapi aku gagal.

Tapi...,

Aku dah janji depan Tuhan bahawa aku nak tinggalkan semua jahiliah. Aku dan bersumpah kepada Allah untuk aku menjadi hamba kecintaan-Nya hingga jejak masuk Syurga.

Arghhh! Aku pengkhianat.
Dengan janji; aku khianat.
Aku bangsat.

Aku penipu,
Aku kata aku kuat, aku tipu!

Aku lemah,
mudah rebah.

Aku pendosa yang sentiasa buat dosa cuma aku cuma ingin mengatakan satu hasrat dalam jiwa aku; ada satu hasrat yang aku simpan secara rahasia di penghujung ceruk hati sang pendosa ini. Hasratku ialah;

'AKU INGIN MASUK SYURGA!'

Aku bukan nak masuk Syurga kerana aku sentiasa dengar tentang istana-istana indah dalam Syurga itu. Bukannya aku ingin masuk Syurga hanya kerana ada banyak bidadari yang diceritakan indah dan sempurna wajahnya. Sumpah, bukan!

Aku ingin masuk Syurga kerana itu sahaja caranya untuk aku ketemu dengan Allah azza wa jalla!

Itu sahaja caranya untuk aku mampu bersua muka dengan Nabi Muhammad tercinta.

Ya Tuhan, aku tahu aku pendosa.

Aku banyak dosa. Setinggi gunung di dunia bukanlah bandingan yang layak untuk dosa-dosaku namun satu aja permintaan aku ya Rabb... Aku ingin masuk Syurga-Mu!

Ya Tuhan, aku ingin masuk Syurga-Mu namun mengapakah aku terantai ketat dengan jahiliah-jahiliah? Kenapa terlalu sukar untuk aku berubah? Kenapa aku tak mampu istiqamah? kenapa aku terlalu ego!?

Aku cuma ingin memanifestasikan kehambaan aku kepada Tuhan.

Tuhan, aku ingin kembali ke tempat asal umat Adam; iaitu Syurga namun adakah kehadiran diriku akan diterima semula oleh Syurga yang mulia?

Ya Tuhan, saksikanlah manifestasi cinta dari seorang pendosa ini.



...
...



Oleh itu wahai diri yang sedang lemah..,

Terimalah secebis peringatan dan pesan daripada diri kau sendiri agar ianya menjadi kekuatan untuk diri kau pada masa futur dan putus asa daripada taubat.

Ini pesanannya,
Ingatlah; sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk mukminin.


Bacalah ini.
Baca dengan mata dan hati.

Ketika kau tanya kenapa kau lemah?
Kau marah diri kau yang tidak kuat kan?


Kau lemah sebab kau manusia. Kau hanya manusia. Dan siapa kata kau tidak kuat? Kau manusia, dan atas asbab itu jugalah kau mampu jadi kuat kerna apa? KAU ADA TUHAN dan kau sedang ada misi untuk masuk Syurga. Jadi tiada alasan untuk lemah-lemah kerna dunia bukan tempat istirehat, Syurga yang kau damba itulah sebenar-benar tempat rehat!

Kau buat dosa?

Bukankah anak-anak Adam itu pembuat salah silap, dan sebaik-baik antara orang mereka ialah...

ORANG YANG BERTAUBAT.

Allah nak tengok kau bertaubat selepas kau gugur lemah dalam jahiliah. Allah nak lihat hati kau tunduk dengan taubat nasuha selepas kau buat dosa. Sungguh, Allah cinta kepada orang yang bertaubat. Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk jadi kecintaan Allah. jangan sia-siakannya!

Kenapa kau dah hijrah lepas itu berjahiliah semula?

Sebab kau manusia, yang imannya naik dan turun. Tapi untuk manusia standard macam kita; turun yang selalunya menjadi ritual harian keimanan kita.

Makanya, apa alasan kau untuk tidak bertaubat selepas jatuh dalam jahiliah lama. Walaupun jahiliah baru pertama kali buat dalam hidup sekalipun, apa alasan kamu untuk tidak bertaubat.

Kau ada Tuhan yang Maha Penerima Taubat kan?

Sudah-sudahlah tertipu dengan tipu daya iblis..!

Iblis taknak kita berubah.

Tapi bila kita baru mula langkah untuk hijrah, Iblis tak putus asa (Bahkan dia tidak akan putus asa sehingga kita masuk neraka!) Jadi apa yang iblis buat? Dia twist niat kita supaya berubah kerana manusia.

Iblis tahu, kalau kita berubah kerana Allah, kita akan kuat dan tak kisah apa yang akan dikutuk oleh makhluk sekeliling.

Maka dia perdayakan kau supaya berubah sebab nak penuhi expectation manusia. Iblis nak kau abaikan expectation Allah. Sejujurnya, iblis nak kau hidup bertuhan cuma Tuhan yang iblis maksudkan bukannya Allah namun dia mahu kita hidup bertuhankan manusia.

Akhirnya, kita mahu puaskan hati manusia di dunia.

Maka atas sebab inilah... kita rasa lemah dan rebah bila manusia kutuk, maki dan hina jalan hijrah kita. Ye lah, kita berubah sebab nak puaskan hati manusia, tapi lepas kita berubah manusia-manusia itu masih tak puas hati. Akhirnya kita kecewa lah!

Sebab itu, saya merayu agar kita semua berubah demi Allah.

Datanglah makian dan fitnah sebesar gunung everest sekalipun, tidak akan mampu ganggu gugat kita kerana kita berubah dan berhijrah semata-mata untuk mencapai redha Allah.

Kita akan abaikan expectation manusia yang ingin lihat kita jatuh secara auomatik. Kita akan jadi kuat secara automatik dan secara automatik juga kita akan lebih mudah untuk istiqamah.

---
---

Satu soalan saya buat anda:

"Kau berubah demi dia atau Dia?"

Muhasabahlah.

Akhir kata, satu aja nasihat terakhir saya untuk anda yang ingin putus asa dalam jalan penghijrahan;

"Hiduplah dalam expectation Allah, kamu akan bahagia dan bersedialah untuk menderita apabila hidup dalam expectation manusia semata. Ingat, dunia sementara; Syurga kekal selamanya!"

Ada satu kata-kata yang saya sering jadikan azimat penguat jiwa bila ingin berputus asa menjadi kecintaan-Nya;

"Aku hamba yang lemah namun demi Allah; aku akan kuat hingga jejak jannah"

Aku ada seribu alasan untuk jadi lemah TAPI aku ada sejuta alasan untuk jadi kuat.

Kuatlah ye.
Takmo la lemah-lemah.

Moga Allah redha akan kita,
Moga Allah kurniakan Syurga!

Seorang Hamba,
Aiman Banna.

p/s : Maaf, penulisan kali ini agak panjang dan kalau nak baca penulisan-penulisan saya yang lepas boleh cari di direktori entri saya di blog aimaanbanna.com dan kalau nak baca yang lebih banyak tentang penghijrahan boleh baca buku pertama saya berjudul #Henshin: From jahiliah to jannah.

Moga bermanfaat! ;D








5 comments:

  1. Assalamualaikum, saya pernah cuba berhijrah tapi tak lama dan sekarang saya masih mencuba.. saya akui bukan mudah untuk istiqamah dengan penhijrahan yang saya lakukan. Soalan saya adakah seseorang itu dianggap mempermainkan agama jika dia tidak istiqamah dengan perubahan yang dia lakukan means kadang2 dia berpakaian menutup aurat dan pada hari lain sebaliknya?

    ReplyDelete
  2. Allah ~ aku tidak sendiri dalam perjuangan ini... Thanks for the warm reminder :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing. Membaca tukilan ini dgn mata hati sgt menyentuh sanubari. Smg roh diri ini juga kuat kembali ke fitrahNya dgn kekuatan Allah Ya Qawiy Ya Matin. Thanks for sharing dek...

    ReplyDelete