JAWAPAN KEPADA FITNAH



Jika datang sesebuah kisah, yang kamu merasakan kisah itu bukan kisah yang benar; ianya seakan-akan fitnah yang membuatkan prinsip jiwamu tergugah, maka janganlah terus terima dan percaya. Sebaliknya bukalah lembaran kata-kata mulia Tuhan;


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. (Al-Hujurat - 6)

Nah, enak bukan sanubari kita tatkala jiwa menyelam dalam kalam Allah yang maha Indah?

Nyaman hati kita bukan sahaja tatkala membaca ayat-Nya, tetapi lebih nyaman apabila kita amalkan dalam saluran darah dan gerakan otot kita seharian. Maksudnya, ayat Allah itu bukan sekadar enak didengar gegendang telinga ketika dibacakan mulut kita, tetapi sangat-sangat enak apabila kaki dan tangan kita berkolaborasi dalam mengamalkannya.

Sahabat sekalian, apakah yang perlu kita fahami tentang ayat ini? Mudah sahaja!

1. Apabila kamu didatangi oleh sesiapa pun, surat terbang, mesej di media sosial, posting-posting di facebook, tatkala kamu baca; langkah pertama sekali ialah jangan percaya!

2. Walaupun kamu merasakan bahawa berita itu benar sungguh, bukti-buktinya seakan benar, lalu kamu merasakan amat-amat ingin untuk sebar dan bagi satu dunia tahu; maka SABARLAH. Jangan percaya dan sebar. Kerana Allah telah meletakkan satu guideline di dalam ayat Quran sebentar tadi, iaitu;


  فَتَبَيَّنُوا

Maka selidikilah...

3. Benar sahabat sekalian, sedikilah. Bertabayunlah!

4. Harus kamu tanya kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam sesuatu berita. Jangan terus percaya A, jangan terus percaya B. Tabayun. Ikutilah apa yang Quran katakan, jadikanlah Quran sebagai garis panduan.

Sangat besar impaknya apabila kita tidak tabayyun, apakah impaknya?

Sudahkah kamu lupa akan kisah Saidatina Aisyah menangis teresak-esak kerana telah difitnah oleh Munafiq sehinggakan Rasulullah turut sama terlibat? Apakah rasanya Saidatina Aisyah apabila suami dan rasul kesayangannya memperlakukan sedemikian? Sakit yang amat.

Kenapa perkara ini berlaku?
Kerana tidak tabayyun akan sesuatu berita.

Sahabat, ayat 6 surah Hujurat ini diturunkan Allah ketika peristiwa Hadis Ifki yang membuatkan Aisya dizalimi fitnah-fitnah oleh kaum Munafiq. Allah mengajarkan ibrah ini ketika peristiwa itu, maka haruslah kita ambil ibrah dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.

Wah alhamdulillah, telah selesai kita memahami sedikit sebanyak ilmu tentang fitnah dan tabayyun.

Sengaja saya ceritakan ilmu fitnah dan tabayyun di atas sebagai nasihat kepada semua agar kita ikut Quran dan Sunnah dalam mendepani apa-apa pun isu dan berita, amin! Jadi izinkan saya untuk memberi respon akan beberapa fitnah yang menimpa diri saya sekarang. 

Cuma sebelum itu, saya ceritakan dulu tentang sesuatu. Boleh ya?


AIMAN BANNA PENUNGGANG AGAMA?

Ketika saya baca perkataan ini, "penunggang agama", saya berpendapat bahawa orang yang ditujukan perkataan ini ialah orang yang mengambil kesempatan atas nama agama. Orang yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Dan ketika kali pertama saya berfikir tentang nama ini, apa yang saya katakan ialah,

"Teruknyalah orang macam ni. Rasulullah dah perjuangkan Islam dengan peluh dan darah, tiba-tiba nak guna perjuangan Rasulullah untuk kepentingan peribadi dan keseronokan dunia. Tidakkah rasa bersalah kepada Rasulullah?"

Itulah apa yang saya rasa.

Tetapi, apa pula yang saya rasa tatkala "penunggang agama" itu dilontarkan kepada Aiman Banna?

"Aiman Banna penunggang agama..."

Saya digelar penunggang agama, ditambah lagi dengan tuduhan guna agama untuk kaya, guna agama untuk kepentingan diri sendiri. Guna dakwah dan tarbiah untuk puaskan nafsu peribadi.

...

..

.

Aku tak tahu nak respon macam mana, tetapi bagaimana tergamak hati ini ini mengakui diri ini menjadi seorang penunggang agama? Di mana jika aku akui kata-kata ini, samalah seperti aku memperakui aku ini pengkhianat Nabi, aku ini musuh Nabi, kerana agama ini terlalu mulia untuk aku tinjaki dengan nafsu serakah.

Aku cuba muhasabah, dan mencari; di mana silap dan salah dalam dakwahku...

Selama ini aku sudah cuba buat yang terbaik. Selama 4 tahun sudah aku buat semua ini, apakah aku akan tergolong dalam golongan yang Nabi benci? Apakah aku akan tergolong dalam golongan yang Allah murkai.

Aku lihat semula ke belakang, apa yang aku lakukan. Apakah aku ini sememangnya penunggang agama seperti yang mereka lontarkan dengan penuh bangga itu? Apakah aku ini sehina itu?

- Demi Allah, aku tidak pernah meminta bayaran walaupun satu sen dalam setiap ceramah dan dakwah ku. Walaupun aku boleh sahaja minta rm1000, rm2000 setiap kali berceramah, tetapi aku tidak mahu. Aku mahu mengajar diri aku ikhlas.

Anda bayangkan, pernah suatu ketika saya dijemput ceramah di satu tempat di Pulau Pinang. Pergi petang, ceramah malam. Kemudian selepas malam, terus balik ke Shah Alam. Tiada penginapan disediakan, dan selepas 3 jam ceramah, tiada makan dan minum dan langsung tiada bayaran wang ringgit untuk bayaran ceramah atau duit minyak. Kosong. 

Dalam kereta sudah mengomel, "Dah lah tak bayar walau satu sen untuk minyak tol. Dah lah takde penginapan. Dari Shah Alam ke Penang kot. Atleast jamulah makan  minum. Ya Allah, mana common sense!"

Tetapi apa yang saya katakan kepada 4 ahli tim saya dalam kereta, "Allah uji keikhlasan kita. Kita buat dakwah tarbiah ini untuk Allah, untuk Rasulullah. Nanti Allah bagi hadiah rezeki kat tempat lain tau!"

Sahabat sekalian, bukan satu tempat sahaja. Bahkan ratusan institusi yang buat sebegini kerana mereka tiada duit dan bajet untuk panggil penceramah untuk berceramah di tempat mereka. Maka saya berikan sahaja percuma dengan izin-Nya. Pernah sebelum ini, dari ceramah di Johor, kemudian ke Kelantan, kemudian Melaka berturut-turut dan segala kos menggunakan duit saya secara peribadi. Orang kata; "Bodoh" kerana tidak buat duit kaw-kaw. Kata mereka "Kalau cas satu tempat rm2,000 minimum untuk 3 jam, satu bulan dalam 30 slot, bukan ke dapat rm60,000 bersih."

Saya tidak kisah kiraan itu semua. Biar Allah yang ganjarkan saya. Saya ikhlaskan dan niatkan agar dakwah saya ini menjadi asbab saya dan mereka masuk syurga.

Kepada alumni program saya, yang selalu nak sangat buku tulisan saya tetapi tiada cukup duit, saya sering katakan, "Jika ada sesiapa yang tiada duit, dan dah lama inginkan buku saya, boleh jumpa saya dan minta buku percuma."

Dan setiap kali anda datang kepada saya minta buku percuma, saya bagi dan terus bagi dengan harapan buku itu menjadi asbab hidayah dan anda berubah. Tanpa mendapat sebarang duit ringgit sekalipun. Walaupun pada logiknya kami rugi kerana ramai minta free. Tapi kami ikhlaskan.

Kerana apa yang ingin saya terapkan dalam tim ialah keikhlasan. Duit dan rezeki datang kemudian. Tetapi apakah apa yang saya lakukan ini dikira sebagai penunggang agama?

Jika anda kata saya kaya raya dengan hasil dakwah dan tarbiah, anda silap....

Kerana suatu ketika dahulu, ketika anak pertama saya dilahirkan pada 16 Oktober, saya hanya mampu menangis di luar hospital. Saya menangis dan merasakan betapa teruknya aku menjadi ayah. Aku rasa down dan kecewa. Kerana  bil hospital terlalu mahal bahkan tidak dapat aku bayar kerana dalam debit kad aku tidak cukup 70%. Aku malu nak minta kepada ibu ayah, aku malu nak minta kepada mertuaku. Aku terpaksa 'menipu' nurse dengan mengatakan aku mahu pergi ke ATM untuk keluarkan duit cash padahal yang aku mampu keluarkan tidak banyak kerana dalam akaun bank hanya ada beratus ringgit sahaja. Sehinggalah aku terpaksa menghubungi semua customer dan client yang ada hutang lama untuk lunaskan segera. Terpaksa.

Namun orang kata aku kaya raya dengan menjual agama?

Tidak pernah saya menggunakan dakwah dan tarbiah saya untuk menjadi kaya. Bahkan saya menginfaqkan diri, tenaga, masa untuk tarbiah umat tanpa sebarang kepentingan peribadi.

Jadi, amatlah saya tegas untuk tidak memperakui atau memanggil orang lain dengan gelaran "penunggang agama" kerana ianya adalah tuduhan yang berat dan berdosa besar dalam Islam.

Namun penting untuk kita sama-sama muhasabah.

Anda boleh tanya isteri dan anak saya sendiri. Dalam masa seminggu, berapa lama dia spend masa untuk saya. Dalam masa sebulan, berapa lama? Dan cuba tanya, dalam masa sehari, berapa lama dia spend masa dengan saya?

Kadang-kadang saya balik 1 pagi, 2 pagi.
Kadangnya seminggu tu langsung tak balik sebab padat dengan ceramah dan program.
Sabtu ahad masa family kan? Tapi sabtu ahadlah saya banyak jemputan program.

Apakah tidak difikirkan apa perasaan saya yang tidak mempunyai banyak masa dengan anak  saya dan isteri saya. Saya nak sangat-sangat anak saya membesar gembira bersama saya, di sebelah saya. Tapi apakan daya, saya perlu utamakan dakwah dan tarbiah walaupun hati saya ingin sangat duduk rumah 24 jam dengan mereka.

Saya spend masa dengan mereka sebulan dalam beberapa hari untuk berehat. shoping, jalan-jalan. Dan majoriti masa lain untuk bersua muka dan berdakwah dengan umat Nabi Muhammad dalam kalangan pemuda dari sekolah ke sekolah, universiti ke universiti.

Tetapi inilah pengorbanan dan cinta saya untuk baginda.

Saya cintakan Rasulullah melebihi sesiapapun...

Saya rasa, setakat ini sahaja ya. 
Kita teruskan kepada JAWAPAN KEPADA FITNAH.


JAWAPAN KEPADA FITNAH.


Hari ini, pada hari Jumaat, 12 Januari 2018 saya dimesej oleh sahabat baik saya, Azeem.

"Aiman, kau tak buka Instagram ke?"

Jadi, saya terus buka aplikasi tersebut dan nak tengok apa yang berlaku. Maybe ada suprise atau ada kejutan hadiah dari mereka. Tetapi ternyata saya silap, setelah saya dapat banyak DM dari followers saya, dan juga pos-pos di social media,

"AKU NAK UNFOLLOW KAU!"

"PENUNGGANG AGAMA!"

Saya pelik dan curiga, mengapa jadi sebegini. Apakah salah aku?

Rupa-rupanya, seorang bekas staff syarikat saya bernama Qarin (bagi nama samaran Qarin, bukan nama sebenar untuk menjaga aibnya) telah membuat pos-pos fitnah dan menjatuhkan nama saya dan company saya dengan pelbagai jenis tuduhan dan bukti-bukti yang berat sebelah. Dia ingin membuktikan saya ini munafiq, dajjal dan jahat. 

Qarin telah di-support oleh ramai Instafamous yang followers mereka ada yang 600K, 234K, bahkan jika dicampur-campur sudah hampir atau lebih dari satu juta followers. Dan mereka berpakat sama-sama untuk menegakkan fitnah ini.

Padahal, mereka ini instafamous yang pos dakwah dan tarbiah, tetapi apakah ini yang mereka perjuangkan? Menyebar fitnah dan aib seseorang yang tidak di-tabayyun pun lagi?

Walau apa pun, saya akan menjawab segala isu fitnah dan tuduhan yang telah dilontar kepada saya. Kerana ini adalah tentang maruah dan segala usaha dakwah tarbiah yang saya bawa selama 4 tahun ini, tidak akan saya sia-siakan dan berputus asa begitu sahaja.

Dengan nama Tuhan yang menciptakan, aku mulakan kalamku.

Bismillahirrahmanirrahim...

1. Siapakah Qarin?

(Qarin bukan nama sebenar). Dia merupakan staff syarikat saya, yang diambil pada pertengahan tahun 2017.  Merupakan staff sales yang diamanahkan untuk buka market distribution agar sales semakin grow bulan ke bulan yang seterusnya.

Seorang staff yang baik, tetapi agak problematik. Saya tidak akan menafikan segala kebaikan dan jasa dia selama ini, seperti banyak membantu dan buat kerja. Tetapi perlulah saya tekankan bahawa beliau memang berada dalam senarai HR untuk diberhentikan beberapa bulan lagi. Atas beberapa isu;

1. Tidak turun ofis sesuka hati. Kadang-kadang sampai dua tiga hari tidak turun dan tidak inform HR.
2. Merokok ketika office hour dan masih lakukan walaupun telah ditegur.
3. Tidak bayar sewa rumah 3 bulan berturut-turut.
4. Pernah membuat fitnah kepada staff lain sampai pihak atasan hampir memecat staff yang difitnah itu serta merta.

Jika anda amati poin ke-4, dia sedang melakukan perkara yang sama dengan menggunakan modal fitnah untuk menjatuhkan nama Aiman Banna & company. Anda perlu lihat poin yang ke-5.

5. Saya dan abang kandung saya, bergaduh besar, sehinggakan ibu kami hampir menangis. Bayangkan, sampai tidak mahu berjumpa, mahu gaduh di mahkamah, HANYA disebabkan oleh fitnah yang dibawakan oleh Qarin dalam family kami. Apakah motifnya? Andaian terkuat kami ialah kerana beliau inginkan jawatan abang saya sebagai COO company.

Kerana logiknya ialah jika dia buruk-burukkan abang saya, fitnah abang saya sampaikan saya benci sangat-sangat kepada abang saya (waktu itu), dia akan dapat jawatan abang saya sebab dia memang dah pitch untuk dapatkan jawatan tersebut. Kerana gaji yang ditawarkan kepada jawatan abang saya 2 kali ganda lebih tinggi.

Tetapi alhamdulillah, saya ambil keputusan untuk TABAYYUN dengan abang saya setelah berlarutan lama, akhirnya kami berbaik dan saling bersalaman dan minta maaf. 

SEHINGGA SEKARANG, Qarin tidak pernah minta maaf dengan saya.

Kenapa saya cerita?

Supaya anda nampak sendiri, bagaimanakah personaliti beliau yang sebenar.

Setelah issue pergaduhan antara saya dan abang saya selesai, ibu saya terus cakap, "PECAT JE DIA TU.  BAHAYA!"

Tetapi saya ambil pendekatan bahawa, "InshaAllah dia akan berubah Ummi... Kita bagi dia peluang inshaAllah..."

Saya ambil pendekatan maafkan dan bagi peluang.

2. Apakah punca perselisihan?

Punca perselisihan dan masalah berlaku apabila perangai Qarin yang tidak turun ofis semakin menjadi-menjadi. Yang semakin parah, tidak pernah bayar sewa rumah langsung. Tidak pernah open market untuk company (Kalau tak buka market, macam mana sales dan revenue nak meningkat? Padahala dia orang sales company)

Qarin juga tidak faham maksud komisen yang sebenar. (Saya juga kurang faham, tetapi selepas tanya kepada yang pakar, saya lebih memahami. Ketika ingin diterangkan kepada Qarin, beliau memaki dan menengking HR)

Saya tunjukkan kepada anda senarai bayaran kepada Qarin yang sepatutnya.


Saya mahu anda lihat sendiri. Antara client kami ialah,

Pustaka Azhar
Gallery Bookstore
Daulah Ilmi
Dan semua dalam senarai

Dan semua dalam tersebut ialah BUKAN yang di-OPEN MARKET oleh Qarin, sepanjang 4 bulan langsung tiada usaha dan tindakan untuk open market tapi yang tahu nak tuntut komisen, komisen, komisen. Kalau tiada belas ihsan, sepatutnya semua nama Gallery, Syarikat Adam, Daulah Ilmi dan semua dalam list tersebut tiada langsung untuk dia, kerana bukan dia yang buka market!

Syarikat dah bagi senarai untuk open market, tetapi sampai sekarang tak open market. Sekarang salah siapa tidak dapat komisen?

Harus pandai membezakan antara komisen dan lain-lain.

Komisen = 'Hadiah' yang company bagi kepada orang yang buka market dan carikan customer baru untuk company.

Packaging, kutip hutang dll = Telah dibayar oleh company melalui gaji bulanan yang telah diberi.

Sebab itulah company bagi komisen, supaya semua staff all out buka market-buka market dan keluar office cari customer baru. Bukannya duduk office, lepak, merokok, main game dll. Kalau rajin open market, maka dapatlah banyak komisen. Kalau malas, maka komisen pun malas.

Konklusinya, Qarin sepatutnya dapat komisen based on apa yang dia open market. Tetapi atas dasar ihsan dan kasih sayang dari company, kami bagi beliau yang lain atas dasar ihsan.



3. Apakah cara penyelesaian?


Sahabat sekalian, demi Allah saya ingin selesaikan ini dengan cara yang tertutup dengan aman damai.

Tetapi dia telah mengambil tindakan hantar mesej MAKI-MAKI dan MENCARUT kemudian block nombor dan akaun saya. HR company kami telah mengajak berjumpa depan depan di ofis tetapi dia tidak mahu. Kerana kami ingin terangkan dengan musyawarah dan aman. Bahkan, ketika saya ada di ofis dan telah berjumpa depan-depan face to face dengan dia, dia langsung tidak bincang dan bagitahu apa-apa. Seakan-akan sengaja ingin menjatuhkan secara umum.

Maka atas dasar inilah saya TERPAKSA buat penjelasan dan penerangan secara umum agar fitnah ini kebah, dan saya serta usaha dakwah saya selama ini tidak difitnah dan dijatuhkan. Semoga segalanya terjawab di sini...

Bahkan lawyer kami juga berpendapat saman sahaja semua yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini kerana ianya melibat nama AIMAN BANNA & company AQADA yang telah difitnah secara suka rela. Saman malu dan fitnah.

Tetapi saya tetap ingin mengambil kaedah dan cara Rasulullah, iaitu dengan hikmah dan iman.

Saya hadiahkan dan berikan beliau 7 KALI GANDA daripada apa yang patut dia terima selayaknya dan pihak company akan terus bank in hari ini dengan arahan saya walaupun segala bukti telah kami berjaya senaraikan dengan terperinci dan walaupun kelebihan mahkamah di pihak kami.

Saya berharap kamu gembira dan bahagia. Saya harap dia baca surat panjang ini dan anggaplah pemberian kami itu sebagai hadiah dari sahabat kepada sahabat.

Saya berharap juga, ukhuwah kita berkekalan.

DAN, saya ingin mengambil keputusan untuk berjumpa depan-depan dan settle dengan iman dan taqwa. 

Tiada gunanya kita mengaku beriman dan islam jika tidak mahu berdamai ikut cara Rasulullah bukan?

Maka saya mengajak dia dan semua instafamous  yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini agar bersekemuka dengan saya depan-depan dan settle cara yang Rasulullah suka; hikmah. InshaAllah jemput ke ofis kami di AQADA HQ, seksyen 13 Shah Alam.

Sampai bila nak menangkan ego dan iri hati? 
Yang suka dan gembira hanyalah syaitan!
Yang sedih dan hiba nanti Rasulullah!

Jom buat Rasulullah tersenyum :)

Itu sahaja, dari sahabat dan saudara seagamamu,
Aiman Banna.


_______

P/s: Untuk yang tersebar dan menyebar dengan sengaja. Saya maafkan, dan saya tidak berdendam. Moga Allah redha dan kurniakan kita semua syurga.

P/s: Jika nakjumpa saya depan-depan dan dengar sendiri apa yang saay sampaikan, boleh whatsapp 014-296 1226 untuk jemputan ceramah. Free pun ok inshaAllah :)

P/s: Untuk yang kali pertama mengenali Aiman Banna atau yang ingin mengenali Aiman Banna lebih lanjut, saya jemput anda untuk baca buku tentang diri saya dalam buku HENSHIN 3: PELUANG KETIGA.




MOGA ALLAH CINTA DAN REDHA,
MOGA ALLAH KURNIA KITA SYURGA.

ASSALAMUALAIKUM :)

12 comments:

  1. Nice way untuk promosi buku sendiri. Daripada dulu sampailah sekarang taktik yang sama. Buat kontroversi. Pendakwah idola yang beriman dan bertaqwa. Contoh kepada pemuda islam. Hidup aiman banna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo..itu je yg ko perasan..yg dia jelaskan pasal fitnah tu ko x nampak pulak

      Delete
  2. Sy salute abg la ! Semoga sentiasa di bwh lidungan dan pertolongan allah .

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah kurniakan hidayah kat orang yang menfitnah tu. Alhamdulillah saya dapat tahan diri daripada sebarkan, both for the goodness of akhi Aiman and that person.

    ReplyDelete
  4. rental tu apasal tolak dari komisyen ye?

    ReplyDelete
  5. Seram betul baca. Taktau nak percaya yang mana 1. Moga Allah bantu mereka yg terlibat dalam mnyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  6. Knpa ramai instafamous yg menyokong eh? Cuma bertanya :))

    ReplyDelete
  7. Sye x expect abg aiman akn tetap maafkn org org yg terlibat tu. Klwlah sye dkt situasi abg aiman, sye akn ikut ckp lawyer tu sbb yelah, fitnah kowt. Siapa je x marah. Tpi abg aiman still maafkn dieorg. Ya allah, semoga abg aiman dpt ganjaran yg selayaknye drpd Allah. Klw bukan dkt sini, inshaa allah dkt Akhirat nanti. Sye salute dgn sikap abg aiman yg always positive. semoga terus kuat dan berjaya buka mata ummat skrg. ������

    ReplyDelete
  8. Alaaa.. Dia nak public nampak dia baik je tuu.. Nampak biar orang cool dan tak pernah buat salah biarpun dah ramai instafemes, penulis dan bekas staff dia yg pernah dikenakan oleh dia... DAKWAH Manipulator, n nice way to promote your novel eventhough you are in a serious matter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham la org zaman sekarang ni , org dah fitnah dia , biarlahh dia nak jelaskan apa yg betul . Rasulullah pun ramai gak yg brpengaruh nak menjatuhkan baginda tapi baginda ttp tegak Kan Islam . What the fish la kau ni

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Semoga Allah menunjukkan siapa yg benar

    ReplyDelete